KU HADIAHKANMU (Ep.3)

Ana memandang ke arah Syafirul lalu bersuara. "Ye..thanks Mr....? Whatever.."
"Syafirul", sambung Syafirul. Ana mula melangkah ke pintu pagar rumahnya. Syafirul bersuara lagi. "Ana Arissa, I really know you!". Ana terdiam seribu bahasa bila nama penuhnya itu disebut oleh seorang lelaki yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Syafirul tersenyum lalu berlalu pergi dengan kereta Mazda 6 nya itu. Ana tidak mampu berbuat apa-apa. Fikirannya mula mencari jawapan kepada semua persoalan yang satu persatu datang di mindanya.

*****************************************************

"Woi! Ana! Ni apahal diam je? Tak nak menari ke? Lagu best ni..!", Wana yang agak menjerit mula menari mengikut rentak lagu yang sedang diputar oleh DJ kelab. "Aku tak mood lah!", balas Ana. Wana hanya menggeleng dan teruskan menari. Dia meninggalkan Ana sendirian di ruang rehat. Ana masih lagi terfikir tentang Syafirul. "Macam mana dia kenal aku? Nama dia pun aku tak tahu..", getus hati Ana. "Tak kan budak sekolah aku kot? Tak mungkinlah..dah 5 tahun kot berhenti tak kan ada yang kenal aku?", Ana bertanya pada dirinya sendiri. "Alah..buat apa nak fikir sangat Ana. Come on! Pergi lah layan lelaki kat luar sana tu!", seolah-olah seperti ada orang lain yang sedang bisik di telinganya. Ana bingkas bangun dan menuju ke arah salah seorang lelaki yang sedang asyik memerhatikannya. "Okay, his's mine tonight", Ana bicara kecil sambil tersenyum.

Sedang asyik dia bermanja mesra dengan lelaki itu, satu suara muncul di belakangnya. " Ana Arissa!". Ana tersentak lalu menoleh ke belakangnya. Ana terdiam. "Lelaki hari tu", getus hati Ana. "For tonight, you going to be mine", Syafirul bersuara. Lelaki yang sedang bersama-sama dengan Ana tadi terus pergi meninggalkan Ana. Dia seolah-olah akur dengan kehendak Syafirul yang ingin dia pergi dari situ. " Eh you ni kenapa? Dia tu pelanggan I tau tak!", marah Ana. "Owh really? Don,t worry Ana, I akan bayar you 3 kali ganda dari yang you selalu dapat", tambah Syafirul lagi. Ana pantas saja bangun bila mendengar tentang bayarannya yang sangat lumayan. "Okay jomlah, I akan ikut you ke mana saja you pergi", Ana yang bernada manja itu mula memegang tangan Syafirul. Syafirul tersenyum lalu menarik Ana keluar dari kelab.

******************************************************

"Kita nak pergi mana ni you?", tanya Ana. Syafirul yang sedang asyik memandu  hanya mendiamkan diri. Ana mula meradang. "You! Kita nak pergi mana sebenarnya ni?", tanya Ana lagi. " La, tadi kata nak ikut I mana I nak pergi. Jadi you duduk diam-diam okay", jawab Syafirul sambil tersenyum mencubit  lembut pipi Ana. Ana merasakan sesuatu. Jantungnya berdebar-debar sebaik saja Syafirul mencubit pipinya. Ana terasa terdapat satu kemesraan antara dia dan Syafirul. " Ehmmm..you..I nak tanya sikit boleh?", Ana mulakan bicaranya. "Ya tanya je lah, apa dia?", jawab Syafirul. " Nama you sapa?", tanya Ana.
"You can just call me Syaf ", jawab Syafirul ringkas. " Okay Syaf... Macam mana you tahu nama I?". Ana benar-benar inginkan jawapan itu selepas peristiwa 5 hari yang lalu. Syafirul hanya tersenyum lalu berkata "Ana Arissa..."


Bersambung...


KU HADIAHKANMU (Ep.2)

Syafirul mempunyai imej dan gaya yang tersendiri. Semua perempuan yang berada di kelab malam pasti saja tidak akan melepaskan peluang untuk mendekati Syafirul. Syafirul tampak seperti orang berada. Tengok dengan gaya yang dikenakan sudah mampu untuk menjawab semua persoalan yang muncul di fikiran. Satu yang pelik dengan Syafirul dia tidak langsung melayan perempuan-perempuan yang satu persatu datang mengahampirinya. Sedikit pun Syafirul tidak tergoda dengan liuk-lentok tubuh perempuan yang ingin menggodanya. Ana perasan benar dengan caranya itu. Ana berniat untuk menghampiri Syafirul. Terasa seolah-olah ada tarikan magnet yang muncul dalam dirinya apabila merenung diri Syafirul. Ana mula mengatur langkah. Pelbagai taktik dirancang rapi di dalam fikiran Ana tatkala mula menghampiri Syafirul. Kehadiran Ana tidak sedikit pun menarik perhatian Syafirul untuk memandang ke arah Ana. Ana geram. Mana ada lelaki yang akan melepaskan peluang untuk mendekatinya. Ana diam terpaku melihat kekacakan wajah Syafirul. Untung saja Syafirul tidak perasan akan renungan Ana. Rakan-rakan Syafirul berlalu meninggalkan Syafirul. Tinggallah Ana dan Syafirul saja yang di meja tersebut. Ana masih lagi menatap Syafirul. Akhirnya Syafirul mula menegur Ana." Hello you? Hello?", sapa Syafirul. Ana terkejut. Dia mula membetulkan kedudukannya dan rambutnya. " Yup.", jawab Ana ringkas. "You ni tak nak balik lagi ke? Kelab dah nak tutup.", tanya Syafirul. " Hmm..ya I nak balik la ni", balas Ana. Ana bangun meninggalkan Syafirul. Niatnya untuk menggoda Syafirul mati begitu saja. Ana mula meninggalkan kelab malam. Ana tidak sedar bahawa Syafirul turut berjalan keluar di belakangnya. Ana terbenhenti di depan pintu lalu merungut. "Aduh, macam mana nak balik ni? Tadi tumpang Zara. Yang si Zara tak ingat pulak kat aku. Main tinggal je!"
"Ehem..", Syafirul berdehem kecil. Ana terkejut. Dia tidak menyangka Syafirul berada di belakangnya. "Boleh tepi sikit tak you? Pintu ni memang pintu you sorang je kan?", sindir Syafirul. Muka Ana merah padam. Perasaan marah dan malu mula membaluti tubuhnya. "Hmm ..sorryla. I tak perasan pun you kat belakang tadi", balas Ana dengan nada tidak berpuas hati. " Hahaha..", Syafirul ketawa kecil. "Tadi kata tak ada orang nak ambil you kan? Jom lah I tumpangkan sampai rumah", ajak Syafirul. " Tak apalah, I balik naik teksi je", balas Ana. "Eh, dah pukul 2 ni you, mana nak dapat teksi?", sambung Syafirul lagi. Ana diam. Ada betul juga kata Syafirul. "Jom lah", ajak Syafirul lagi. Ana jalan mengikuti langkah Syafirul menuju ke kereta. Ana diam seribu bahasa. Syafirul hanya memandang Ana. " You ni berani kan ikot I? Kalau I ni orang jahat macam mana?", tanya Syafirul. "Hmm..tak ada bezanya baik ke jahat. Lelaki semua sama saja", jawab Ana sambil tersenyum sinis. "Eh? apa yang baik apa yang jahatnya ni?", Syafirul pelik dengan soalan Ana. "You tak nak tidur dengan I ke malam ni?", Ana mula mengatur langkah. Dia sudah pasti tidak akan melepaskan peluang yang ada. "What? Tidur dengan you?", tanya Syafirul selamba. " Don't say that you do not know me? Ana?", tanya Ana kembali. "Ana? Owh nama you Ana la ni? Kenapa? You ni artis ke?", Syafirul benar-benar ingin tahu. "Nevermind.", balas Ana ringkas.  Perbualan mereka terhenti di situ sehingga mereka sampai di rumah Ana. Ana keluar dari kereta. "Ana..", panggil Syafirul.




Bersambung...

KU HADIAHKAN MU (Ep.1)

Ana tidak pernah menyesal atas semua perkara yang telah dia lakukan. Bagi dirinya selagi setiap sesuatu itu mendatang kepuasan dan pulangan yang lumayan dia pasti tidak akan melepaskan peluang. Dia rela hidup dalam dosa asalkan dia mewah dengan wang ringgit. Hidup cuma sekali. Bila lagi mahu merasa semua ini. . Siapa yang tidak mahukan kebebesan daripada seringkali bertelagah dengan keluarga gara-gara tidak mendapat kebenaran untuk keluar. Ana memilih untuk melarikan dirinya daripada hidup merempat di desa yang langsung tidak ada kemajuan bagi dirinya. Ana pada mulanya bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kelab malam terkemuka di kota metropolitan ,Kuala Lumpur. Dia mengenali ramai kawan yang sanggup memberikannya tempat tinggal dengan bayaran yang murah asalkan dia mahu sahaja untuk bekerja di kelab malam tersebut. Kelab malam baginya adalah syurga dunia. Dia bebas untuk melakukan apa sahaja yang dulunya dia tidak merasa nikmat kebebasan hidup di dunia. Seribu kali sayang kerana dia memilih untuk hidup di dunia yang penuh maksiat. Dulu semasa di kampung Ana merupakan seorang pelajar yang disegani. Kecermelangannya amat membanggakan keluarganya. Ibu bapanya tidak pernah jemu untuk mendidik Ana menjadi seorang wanita yang berguna pada suatu hari nanti. Segalanya berakhir abila dia mula mengenali erti cinta. Cinta kerana Tuhan membawa ke syurga. Cinta kerana nafsu membawa binasa. Cinta yang berputik dalam jiwanya melebihi cintanya kepada tuhan. Cintanya terhadap insan yang bergelar lelaki mengajar  Ana seribu satu cara yang telah membawanya ke dunianya kini. Kerana cinta itu dia berada di mana dia berada sekarang. Ana Pelacur Kelas Pertama. Itulah gelaran yang memberikannya jutaan kemewahan tanpa rasa kesal sedikit pun atas apa yang telah dia lakukan. Siapa yang tidak mahu pendapat lumayan mencecah angka 6 setiap bulan? Pastinya Ana telah memilihnya. Pekerjaannya sebgai pelayan di kelab malam tersebut telah perlahan-lahan mengangkat martabat dirinya yang dirasakan begitu mulia dengan gelaran Pelacur Kelas Pertama. Ana menjadi pujaan lelaki. Tubuhnya yang menggiurkan pasti sahaja dapat menarik perhatian para lelaki yang berkunjung di kelab malam tersebut. Dia membenarkan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh pelanggannya terhadap tubuhnya. Ana bangga dengan tubuhya itu. Dia bangga kerana tubuhnya mampu menjatuhkan iman mana-mana lelaki yang mengenalinya. RM1000, RM 2000 senang-senang sahaja dia peroleh selepas memuaskan nafsu jantan-jantan durjana. Ana puas. Bagi diri Ana hanya pekerjaan itu sahaja yang dapat membahagiakan dirinya. Sehinggalah suatu hari dia berjumpa dengan seorang lelaki di kelab malam tempat dia bekerja. Syafirul.


Bersambung...

Aku Punya Dia (Final)

"Nisya..saya dah sampai".Nisya menerima mesej daripada Aizzad.dia segera merperkamaskan dirinya lalu mencapai tas tanganya yang berwarna kelabu. padan sekali dengan baju nya. Nisya tampak elegan sekali."ai? macam nak pergi tempat istimewa je aku tengok bersiap macam ni?", usik Shasha."eh! kau ni Shasha. serius ke aku over sangat?", tanya Nisya."hahahha. tak adalah. just nice. kau nampak cantik macam ni. mesti Aizzad terpukau tengok kau pakai macam ni", jelas Shasha."Shasha..aku tak ada papelah dengan Aizzad", balas Nisya."Iyalah..tak ada apa-apa lah sangat.Dah cepat. Aizzad tunggu lama kat bawah tu", Shasha tersenyum melihat gelagat Nisya yang nampak nervous.
"okay! Bye Shasha. Aku tak lupa. Nasi goreng U.S.A!" ,Nisya terus mencapai kasutnya.

Dari jauh Nisya melihat Aizzad berdiri di sebelah keretanya. Nisya agak tidak senang hati pada malam itu. Nisya menghampiri Aizzad. Aizzad melihat Nisya. Aizzad terpana melihat kecantikan Nisya."Nisya..you look so beautiful".Itu sahaja yang mampu Aizzad ucapkan sebaik sahaja melihat Nisya.Nisya hanya tersenyum."You dari mana?", tanya Nisya."Dari rumah lah. kenapa?", tanya Aizzad."Ehm,,nothing...you nampak macam baru balik daripada big event", jelas Nisya." Nampak handsome kan?", Aizzad melawak.
"Hahaha. Iyalah Aizzad. Handsome sangat!", balas Nisya sambil tertawa.
"Okay. Jomlah!".Mereka pun bergerak meninggalkan kawasan kampus. mereka bergurau senda sepanjang perjalanan. Mereka cuba mencari keserasian antara satu sama lain. Sebenarnya apa yang dibicarakan oleh Shasha memang benar. Nisya memang ada menaruh perasaan terhadap Aizzad. Cuma Nisya takut pisang akan berbuah dua kali, seperti apa yang telah dia alami dua tahun lalu. Nisya hampir bertunang. Malangnya Imran bukan untuk Nisya. Nisya terlalu baik untuk Imran yang sangat playboy. Aizzad dan Nisya tiba di sebuah restoran. cantuk sekali permandangan restoran tersebut. terdapat sebauh tasik yang sangat cantik diterangi oleh lampu yang berwarna-warni. Aizzad yakin Nisya pasti suak tempat tersebut." Aizzad. Cantiknya tempat ni!", Nisya begitu teruja. Aizzad memandang ke arah Nisya. Itulah kali kedua Aizzad melihat Nisya begitu gembira selepas Aizzad membawa Nisya ke ladang Orkid dulu. Aizzad terasa dirinya sangat dihargai apabila orang yang dia sayang gembira dengan apa yang dia telah lakukan. Mereka memilih tempat berdekatan dengan tasik.Udaranya lebih nyaman berbanding tempat di dalam restoran."Nisya suka?", tanya Aizzad."Yes. Nisya suka sangat! Thanks Aizzad. Buat susah-susah Aizzad je bawa Nisya tempat macam ni. Mesti mahal kan?", wajah Nisya tiba-tiba berubah.
"Eh! tengok tu! Janganlah masam macam tu. Aizzad tak kisah la. Anything for Nisya, Aizzad sanggup. Asalkan Nisya bahagia", Aizzad tersenyum melihat Nisya." JOM MAKAN?", pinta Nisya. "HAHAHAHA! lapar sangat ke Nisya?", Aizzad mengusik."Dah tu. Nak buat apa lagi.Tadi Aizzad jugak yang ajak Nisya kan?", jelas Nisya. Aizzad tersenyum melihat telatah Nisya. Hatinya tenang sekali melihat Nisya begitu ceria. Keceriaan pada wajah Nisya begitu jelas keikhlasanya. Aizzad yakin dengan gerak hatinya terhadap Nisya. mereka makan sambil bergurau-senda."Nisya kenyang? sedap tak makanan tadi?", tanya Aizzad sejurus sahaja mereka selesai makan."Sedap. Pandai Aizzad pilih tempat makan", puji Nisya."Danisya Qistina.. ada perkara yang Aizzad ingin cakapkan", Aizzad mulakan bicaranya.Nisya terdiam. Jantungnya berdegup kencang. Dia seperti tidak mampu bernafas pada saat itu. "Danisya Qistina. Sudikah awk menjadi puteri dalam hidupku?", tanya Aizzad sambil memegang tangan Nisya. Nisya terdiam. Lama sekali dia mendiamkan diri. Aizzad memandang Nisya dengan sejuta harapan. Nisya tersenyum lalu mengangguk. Aizzad mengerti keputusan NIsya...

Aku Punya Dia (ep.4)

Nisya termenung di atas katilnya. Kata-kata Aizzad siang tadi masih berlegar-legar di kotak fikirannya. Semuanya berlaku begitu pantas. Dia tidak pernah menyangka semudah itu Aizzad melafazkan cinta kepada dirinya.“nisya..are you okay? Kenapa termenung je dari tadi? Kau ada masalah ke? Story la kat aku…tak seronok lah macam ni..”,Tanya Shasha setelah selesai solat Isyak.“aku tak tahu macam mana nak cerita dekat kau lah Shasha. Aku confuse sangat sekarang ni..haii,,”, nisya mengeluh.“eh? Kenapa ni nisya? Kau tak pernah macam ni pun before this? Ha? Awek Aizzad sound kau ya?”, teka Shasha.“alah setakat Eidora tu tak ada makna aku nak serabut kan kepala otak aku ni Shasha oii…”, jawab Nisya.“so.. mesti something yang quite important la ni kan? Ehmm.. I think it was about Aizzad right?”, teka Shasha lagi.“yes Shasha. He told me that he love me… but.. I thought he was just kidding. Don’t you think so Shasha?”, Tanya nisya.“OMG! Nope! He’s not kidding okay! Aku dah agak dah Nisya dia memang syok kat kau dah lama dah tau!”, jelas Shasha teruja.“kau jangan lah nak tambah serabut lagi otak aku Shasha. Aku dah lah tak pernah nak dengar ayat-ayat cinta depan-depan macam ni..”, adu Nisya.“eleleleleh…kau minat kat dia jugak kan? Macam la aku tak tahu. Mahu tapi malu kan..betul tak? Hahahah!”, usik Shasha.“kau ni memandai je tau. Aku cubit kau kuat-kuat nanti baru tahu!”, nisya tersenyum.“ha tengok tu? Senyum-senyum tu suka la kan? Malu-malu meow pulak dia..heheheh!”, usik Shsaha lagi.“shasha..kau ni kan…!”, jerit Nisya.

“okay assignment dah hantar.. settle satu masalah!”, jelas nisya lega.“tahu tak pe. Aku serik la dapat si Farid tu. Malas bebenor. Aku je yang buat sorang”, Atika merungut.“jom makan Ika,,laparlah”, ajak Nisya.“jom!”, jawab Atika ringkas.Sebaik saja mereka memasuki perkarangan medan selera di fakulti mereka, mereka melihat orang ramai sedang memerhatikan sesuatu.“weh Nisya. Kenapa ramai-ramai kat sana tu?”,Tanya Atika.“entah. Tapi macam ada orang gaduh la. Jom tengok?”, jawab Nisya.
“I dah agak dah you memang syok kat Nisya tu kan!”, tengking Eidora.“apa masalah you? Suka hati I la nak minat kat siapa pun? “, balas Aizzad.“hey. Aizzad! You lupa ke janji you pada I hah?! Penipu!”, tengking Eidora lagi.“ oi  perempuan! Kau jangan sampai aku pecah kan rahsia yang kau ingat aku tak tahu ea?!”, balas Aizzad.Orang ramai mula membuat bising. Ada di antara mereka yang saling berbisikan sesama sendiri. Tambahan lagi pelajar lelaki yang mula member support pada Aizzad. Nisya dan Atika terdiam memerhati pergaduhan antara Aizzad dan bekas kekasihnya.“apa yang you tahu?! Cakaplah! I tak takut! I tak salah! You yang salah!”, tengking Eidora.“oh! Kau jangan nak cabar aku! Okay. Aku nak Tanya kau. Just 1 question. Sepanjang kau jadi kekasih aku, dah berapa banyak jantan yang kau dah tidur? Jawab”, Tanya Aizzad.“ hey! You jangan nak fitnah I ya! “, balas Eidora.“oh! Fitnah? Okay..senang je.”, Aizzad membuka zip begnya. Dia megeluarkan sampul berwarna putih.“apa semua ni?”, Aizzad melemparkan beberapa keping foto ke arah Eidora.
Eidora tunduk.  Mengutip semua foto tersebut. Air matanya menitis. Eidora terus berlari meninggalkan Aizzad. Aizzad terduduk. Dia amat kesal atas apa yang telah berlaku.Orang ramai beransur-ansur meninggalkan perkarangan medan selera. Nisya masih lagi berdiri melihat keadaan Aizzad.“Nisya!”, tegur Aizzad.“Aizzad..kenapa awak malukan Eidora depan orang ramai?”, kesian Eidora.“Nisya? Awak nak saya kesian pada dia? Saya sayang dia tetapi dia buat benda tak senonoh dengan orang lain. Awak nak suruh saya kesian pada dia? Kenapa?”, Tanya Aizzad.“ Setiap manusia buat kesalahan Aizzad”, jawab Nisya ringkas.“Kesalahan? Huh? Dia memang mencari benda-benda tu semua. Dia yang pilih jalan macam tu. Saya bukan nak tipu siapa-siapa. Tapi itulah kenyataannya. Saya dah tak boleh nak sayang dia lagi. Perasaan tu dah hilang untuk Eidora. Please trust me!”, Aizzad meyakinkan Nisya. Dia tidak mahu Nisya menganggapnya lelaki jahat.

“Eh, Nisya. Eidora..she’s gone”, kata Shasha.“What did you mean, she’s gone?”, Tanya Nisya.“Hmmm..dia dah tinggalkan Malaysia. Aku dengar orang cakap dia pergi UK”, jawab Shasha.“Oh. Kesian Eidora. Dia nak tenangkan fikiran la tu”, kata Nisya.“Eh! Yang kau ni nak kesian kat dia tu nape? Tak payah la nak kesian kat perempuan macam tu”, jawab Shasha.“ Ala.. Shasha. cuba kau fikir. Kalau kau berada kat tempat dia. Mesti kau rasa apa yang dia rasa jugak kan?”“whatever! Baik sangat la kau ni Nisya”.Tiba-tiba hand phone Nisya menerima panggilan. Cepat-cepat Nisya menjawab.Nisya : hello. Assalamualaikum?Aizzad : Waalaikumsalam Nisya.Nisya : Ada apa Aizzad?Aizzad : Hmm..Aizzad nak ajak Nisya pergi makan. Nak tak? Nisya dah makan?Nisya : Belum lagi. Boleh. Tapi Nisya nak bawa Shasha sekali boleh tak? Dia pun tak makan lagi.Aizzad : Hmmmm…. Ikut suka Nisya la. Aizzad tak kisah. Nanti Aizzad datang ambil pukul 9.00p.m ya?Nisya : ok. Thank you.Aizzad : ok welcome.“Oi Cik Nisya. Apahal kau sengal sangat ni. Ada ke boyfriend ajak dating nak bawa aku sekali. Apalah kau ni!”, kata Shasha.“Sejak bila pulak aku jadi girlfriend dia ni?”, jawab Nisya.“Dah. Aku tak mahu kacau daun. Kau pergi berdua dengan dia. Aku nak kau tapau je untuk aku. Aku nak Nasi Goreng U.S.A  ok!”, arah Shasha.“Ala…Shasha. Jom lah. Teman aku. Aku tak sedap hati lah”, rayu Nisya.“Dah tak payah nak buat muka kesian kat sini. Tak ada apa-apa lah. Yang kau nak fikir bukan-bukan kenapa? Dah pergi siap-siap. Nanti Putera Aizzad datang nak jemput Puteri Danisya Qistina”, usik Shasha lagi.“Shasha…..”, rayu Nisya.

*****BERSAMBUNG*****

Aku Punya Dia (ep.3)

Nisya begitu asyik mengamati bunga-bunga orkid di ladang tersebut. Dari satu pokok ke satu pokok dia meniliti setiap inci bunga-bunga orkid tersebut. Nisya sedikit pun tidak sedar yang gerak-gerinya diperhati oleh Aizzad. Aizzad mengambil gambar semua bunga yang menarik perhatian Nisya. Kadangkala Aizzad sengaja fokuskan lenser kameranya ke arah Nisya. Aizzad amat gembira melihat Nisya begitu ‘excited’ dengan bunga-bunga orkid tersebut.“aizzad,, kita nak buat research berapa jenis bunga ni?”,Tanya Nisya.“ehmm,,,apa kata Nisya pilih saja mana-mana bunga orkid yang Nisya suka. Nanti Aizzad ambil gambar-gambar bunga orkid tu semua, okay?”, Tanya Aizzad.Nisya menggangguk sambil tersenyum. Perasaan resah dan risau tadi yang menyelebungi jiwanya kini hilang sebaik saja sampai di lading tersebut. Selapas beberapa jam mereka di situ mereka pun pulang.Sepanjang perjalanan Nisya tidak berhenti-henti bercakap megenai bunga-bunga orkid itu. Nisya juga membeli sepokok bunga orkid yang menarik hatinya.“Tak salah jangkaan aku mengenai bunga orkid”, getus hati Aizzad sambil tersenyum.


*************************************************  

“Eh,Nisya mana kau kutip bunga orkid ni?”, Tanya Shasha sebaik saja sampai di depan rumah mereka.“oh, aku beli petang tadi”,jawab Nisya ringkas.“eh bukan petang tadi kau jumpa Aizzad ke, nak buat research? Ha! Ni mesti dia bawa kau keluar dating ni kan? Baik kau story kat aku. Aku ‘excited’ dah ni nak dengar cerita kau! Cepatlah Nisya cerita!”, pinta Shasha teruja.Nisya pun memulakan ceritanya. Shasha tersenyum lebar mendengar cerita Nisya. Shasha tidak berhenti-henti mengusik Nisya. Hajatnya ingin melihat NIsya mempunyai teman lelaki akan kesampaian tidak lama lagi.

******************************************

Disebabkan ‘assignment’ itu, Nisya banyak menghabiskan masa dengan Aizzad. Selepas waktu kelas saja mereka akan lepak dimana-mana saja untuk menyiapkan ‘assignment’ mereka itu.Satu hari semasa Nisya sedang minum-minum bersama Atika di cafeteria, seorang perempuan datang menghampiri mereka.“Excuse me, you are Danisya Qistina right?”, tanya perempuan itu.“yes I am.” Jawab Nisya ringkas.“so, I nak bagi tahu you yang I ni Elly Eidora, girlfriend kepada…”Pantas Nisya menyambung….”Aizzad Immran”.Air muka Elly berubah. Dia terdiam seketika.“great! So I dah tak perlu bagi tahu you la kan?”, sambung Elly. “You jangan lah risau Elly, I tak nak pun kat Aizzad tu, okay”, balas Nisya sambil tersenyum.Elly pon meninggalkan mereka. Atika tergamam melihat Nisya yang tenang saja berdepan dengan keadaan begitu.“nisya, kau memang aku tabik spring la kat kau. Mana kau tahu yang dia tu girlfriend Aizzad?”, Tanya Atika hairan.“alah,,sapa lagi kalau bukan Aizzad. Sebelum ni mana ada benda macam ni berlaku kan? Sejak aku buat assignment ni la kan..”,jawab Nisya slumber.“okaylah aku nak wat last touch-up untuk assignment aku ni. Jumpa esok okay!”, lantas Nisya bangun.“that’s mean kau nak jumpa Aizzad la kan? Kau tak takut kena serang ke dengan perempuan poyo tu?”, Tanya Atika.“alah..chill la. Final edit kot. Lepas ni ‘settle’ lah assignment ni. So no more Aizzad Immran..hahahaha!”,Nisya tertawa sendirian. “Nampaknya..assignment kita dah pun Berjaya disiapkan…lega rasanya”, kata Nisya sambil menarik nafas lega.Namun disebalik kelegaan Nisya, Perasaan Aizzad kelihatan jauh berbeza jika dibandingkan dengan Nisya. “Aizzad? You are Not in a good mood I guess?”, tegur Nisya.“hmm..entahlah Nisya. Rasanya lepas ni dah tak boleh nak happy dah..”, jawab Aizzad dengan nada sedih. “La? Kenapa pulak tak boleh nak happy? Kan assignment ni dah siap nanti, tak adalah nak pening-pening dah kan….?”,Tanya Nisya sambl tersenyum.Aizzad melihat muka Nisya yang tampak begitu ceria. Aizzad merenung jauh ke dalam mata Nisya. Nisya yang sedar dirinya diperhatikan begitu terus menundukkan kan mukanya.“nisya…”, Aizzad mulakan bicaranya.Nisya sedikit kaget apabila mendengar nada suara Aizzad yang begitu lembut sekali.“hmm…”, jawab Nisya ringkas.“Nisya tak suka kawan dengan Aizzad ke?”, Tanya Aizzad.“hmm..kenapa pulak cakap macam tu? Nisya happy je kawan dengan Aizzad. Kenapa Aizzad Tanya macam tu?”,Tanya Nisya lagi.“hmm..nothing… Aizzad Cuma nak bagitahu something kat Nisya. Tapi Nisya jangan terkejut pulak ea?”Nisya tak senang duduk. Dia merasakan jantungnya berdegup kencang bila menunggu apakah yang sebanarnya yang hendak diberitahu Aizzad padanya.“ok, I’m waiting..”, balas Nisya slumber.“nisya… I think I’m fall in love with you..”“what? Aizzad?”you are kidding right”, nisya begitu terkejut. Air mukanya sedikit berubah mendengar kalimah cinta diucapkan pertama kali didepan matanya daripada seorang lelaki yang dia langsung tidak mempunyai perasaan terhadapnya. “No. I’m serius Nisya. I keep looking at you since you are here. I tried to deny this feeling but your face.. your sweet smile always haunting me even in my dream. I know you gonna be mad if I told my feeling at you. But.. I can’t wait. I’m scare if someday there will be another person will take you away from me. I just wanna be with you…nisya..forever.nisya sangat terkejut. Dia terdiam seribu bahasa. Lidahnya kelu untuk berbicara. “nisya? Are you okay? Awak marahkan saya?”, Aizzad menegur Nisya yang terapaku lama di hadapannya.“hah? Ehmm… yup..i’m okay...saya balik dulu ya. dah lambat dah ni...".Nisya meninggalkan Aizzad.Aizzad tunduk kesedihan. dia tahu apasti Nisya amat marah padanya.


**BERSAMBUNG**

Aku Punya Dia (ep.2)

Lalu Nisya pun menulis phone numbernya di atas sehelai sticknote lalu menampalnya di bahu Aizzad. Aizzad sedikit tergamam dengan perbuatan Nisya yang sangat slumber melekatkan sticknote itu di bahu nya. Nisya mula meninggalkan Aizzad.“err..thanks Nisya”, Aizzad mulakan bicara.NIisya berpaling dan hanya menguntum senyuman, Aizzad masih lagi kaku berdiri terpana melihat senyuman manis Nisya.“ Kau tengok si Aizzad tu. Habislah dia lepas ni. Gerenti tangkap cintan kat kau punya. Ternganga mulut dia tengok kau senyum tadi. Hahahah lawak lah Aizzad tu. Nasib baik la muka boleh tahan kacak lah jugak..”, usik Atika.“Ai,,kau ni yang lebih ni apehal pulak.. kau yang tangkap cintan dengan mamat tu kot erk?”, balas Nisya.“eh mana ada. Aku cakap apa yang betul tau”,tegas Atika lagi.“ha! Lagi satu. Apasal aku rasa kau dengan Aizzad tu macam secocok je Nisya. Macam pinang dibelah dua je? Hehehe”,tambah Atika lagi.“oii Atika. Aku ni baru je 1st time jumpa and talk with him. Kau dah mula pandai-pandai buat novel pasal aku dengan dia pulak kan? Memandai je minah ni”,balas Nisya sambil menggeleng kepalanya. 
Atika hanya tersenyum melihat air muka Nisya. Dia yakin kawan baiknya itu mesti akan berjumpa dengan seorang yang boleh menbuka pintu hatinya yang masih lagi terkunci untuk insan bergelar lelaki.“ Jangan pernah tinggalkan diriku..jangan lepaskan aku…”“Nisha! Ada orang call kau! Cepatlah!”, Shasha sedikit menjerit.Nisya yang sedang mandi menjerit..“kau angkat la dulu. Cakap aku tengah mandi!”.“hello.. siapa ni..Nisya dalam bilik air. Ni roomate dia”, jawab Shasha.“hello. Owh okay! Thanks. Nevermind. I’ll will call back later”.Talian terus padam.Nisha melangkah keluar dari bilik air.lalu dia bertanya pada Shasha..“siapa tadi?”“entah lah. Tapi lelaki lah. Oh…. kau ada skandal tak bagi tahu dengan aku pun kan? Sampai hati kau Nisya”, Shasha sedikit merajuk.“adoiyai..ni sekor lagi minah tak habis-habis lagi. Siang tadi layan si Atika. Balik rumah kau pulak?. Ok2, macam ni. Aku rasa tadi tu Aizzad Immran. Dia partner aku untuk assignment terbaru. Prof Shaz la yang tentukan. Pastu dia minta no hphone aku. Katanya nanti senang nak contact kalau ada apa-apa masalah. puas hati?”, terang Nisha.“heheheheh. Okay!”, balas Shasha tersenyum sambil mengangkat-ngangkat keningnya ke arah Nisya.

“hah! Mula lah tu nak kenakan aku! Dah-dah la okay. Penat aku nak layan kau dengan Atika. Dua-dua sama je kan. Suka sangat nak sakat aku”, balas Nisya.“jangan pernah tinggalkan diriku..jangan lepaskan aku..”“hah! Aizzad tu cepat angkat Nisya!”, Shasha teruja.Nisya yang sedang sibuk mengeringkan rambutnya lantas mencapai handphone nya.Nisya: assalamualaikum?Aizzad : waalaikumsalam Danisya Qistina. Ni Aizzad Immran.Nisya : oh. Aizzad. Panggil  Nisya je. Ada apa telefon ni?Aizzad: saya nak tanya ni. Qis nak start buat assignment bila ya?Nisya : oh? Ehmm.. kita tak cari tajuk lagi kan. Macam nil ah, esok petang pkul 2, Aizzad free tak?Aizzad : esok pkul 2 ya? Ehm,,saya free je. Nak jumpa kat mana?Nisya: I think the best place is..  library okay?Aizzad: okay. See you tomorrow 2p.m. assalamualaikum.Nisya: waalaikumsalam.Nisya pun mematikan talian. Dia mula ‘save’ number Aizzad di dalam ‘list contact’nya.“apelah kau ni Nisya. Ada ke keluar ‘date’ dekat library! Tak romantic langsung tau!“Oi! cik Shasha. Bukan pergi berdating okay! Nak buat assignment je. Suka sangat tau nak fikir bukan-bukan.” Jelas Nisya.

“alah..tak lama lagi keluar dating la tu! Aku berani kerat jari aku ni lah!”, Shasha sedikit tergelak.Nisya yang geram dengan usikan Shasha, mendekati Shasha lalu mencubit-cubit rakannya itu. Gelak tawa mereka memecah kesunyian malam.
Nisya melihat jam tangannya.“alamak dah 2.15p.m la pulak.dah lambat ni”, getus Nisya di dalam hati.Dia mula melangkah ke pintu masuk perpustakaan mencari-cari kelibat Aizzad yang pasti sudah lama tunggu kedatangannya. Matanya mula tertumpu pada seorang lelaki berbaju kelabu di meja dekat dengan rak buku.“assalamualaikum, Aizzad. Maaf lambat”, Nisya mulakan bicaranya.“ Waalaikumsalam. Eh! Tak apa lah. Aizzad tak kisah pun. Lagipun tak ada apa-apa yang nak dibuat. Jemputlah duduk.Nisya pun mengambil tempat di kerusi yang bertentangan dengan Aizzad. Nisya mula mengeluarkan buku nota dan sebatang pen.“So, Aizzad ada apa-apa cadangan untuk tajuk assignment kita?”, Tanya Nisya.“Aizzad ada terfikir tadi satu idea. Memandangkan assignment kita pasal ‘plants’. Apa kata kita buat research tentang bunga orkid? Okay tak? Apa pendapat Qis?”, Tanya Aizzad.“orkid? Nice! Okay lah. Nisya okay je. Lagipun sekarang memang banyak Orkid yang dijadikan penanaman kormesial kan”, Nisya mengangguk tanda setuju.

Aizzad tersenyum melihat Nisya. Nisya yang sedang asyik menulis tidak perasan bahawa ada seorang yang begitu asyik melihatnya. Nisya mula memandang Aizzad. Aizzad sedikit gelabah lalu memalingkan mukanya ke tempat lain. Dia risau kalau-kalau Nisya perasan perbuatanya itu.“jadi..bila kita boleh start buat research pasal orkid ni aizzad”, Tanya Nisha.“Kalau ikut-ikutkan sekarang pun boleh. Aizzad tak ada kelas dah petang ni. Qis macam mana?”, Tanya Aizzad.“okay. Nisya pun dah tak ada kelas dah. Jadi kita nak mula dari mana ni?”, Nisya minta pendapat.“Okay. Memandangkan Nisya tanya Aizzad. Sekarang jom kita keluar”,jawab Aizzad ringkas. Aizzad bingkas bangun dari tempat duduknya. Nisya masih lagi ‘blur’ dengan arahan yang Aizzad berikan.“errr… Aizzad kita kan nak bincang ni. Kenapa nak kena keluar pulak?”,nisya sedikit hairan.“la.. kita nak pergi buat research la ni. Kalau kita stay saja kat sini. Mana nak dating idea kan? Betul tak Qis?”, jelas Aizzad.Nisya yang hairan tadi lantas mengangguk. Nisya risau kalau-kalau Aizzad akan buat benda yang bukan-bukan padanya. Maklumlah lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat kan. Mereka melangakah keluar dari perpustakaan. Banyak ekor-ekor mata yang memerhatikan mereka. Ada juga yang berbisik-bisik sesame mereka. Mana tidaknya, jarang sekali nak lihat Nisya berjalan berdua dengan lelaki. Nisya hanya menundukkan kepalanya. Ada rasa malu tercalit di hatinya. Sebaliknya Aizzad berjalan dengan penuh rasa bangga seperti seorang lelaki yang dapat berjalan bersama seorang ‘princess’.
Nisya hanya mengekori Aizzad. Mulutnya diam tanpa bicara. Dia masih lagi hairan dengan tindakan Aizzad.Langkah Aizzad berhenti di hadapan sebuah kereta Polo merah. Dia membuka pintu kereta untuk Nisya.“eh? Aizzad nak bawa saya pergi mana ni? Aizzad jangan nak pandai-pandai ya? NIsya tak mahu lah ikut Aizzad”,tegas Nisya.“la..takut sangat la Qis ni. Aizzad nak bawa Qis pergi tempat research kita lah”, jelas Aizzad lagi.“Dah cepat masuk”, pinta Aizzad.Nisya mula melangkah masuk ke dalam Polo merah milik Aizzad. Aizzad mula menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan kawasan kampus. Nisya tidak bercakap apa-apa pun. Aizzad tersenyum melihat air muka Nisya yang tampak risau dengan tindakannya.“Qis asal mana ya?”, Aizzad mula mengatur bicara.“ saya dari kecil sampai la sekarang memang duduk di Kuala Lumpur”, jawab Nisya ringkas.“oh..pure KL la ni. Mesti Qis ni ada mix orang putih kan? Tak Nampak sangat muka Melayu”, Aizzad berterus-terang.“ jauh lagi ke tempatnya Aizzad?”, Nisya mula mengubah topik perbualan mereka.“ehmm….tak jauh dah lagi 10 minit sampai la ni”, jawab Aizzad ringkas. Dia tahu Nisya tidak selesa bersamanya.

Kereta Aizzad mula memasuki perkarangan sebuah lading yang sangat luas. Mata Nisya sedikit terbeliak melihat sekeliling ladang itu. Aizzad mula mematikan enjin keretanya. Mereka sama-sama keluar dari kereta.“wow! Such a great view!”, Nisya bersuara.“so.. inilah tempat research kita. Lading orkid!”, jelas Aizzad.Aizzad tenang sekali melihat Nisya tersenyum tatkala mengamati pemandangan di ladang orkid itu.“banyaknya orkid kat sini? Colorful sangat-sangat! Mana Aizzad tahu tempat ni? Saya tak pernah tahu pun disebalik gunung ada ladang orkid ni”, Nisya begitu teruja.“ini lah tempat yang selalu Aizzad datang untuk tenangkan fikiran”, Aizzad tersenyum.“Aizzad, Jomlah la kita jalan kat sana tu”, pinta Nisya.“ ya! Jom Qis!”, balas Aizzad.Mereka mula memasuki kawasan ladang yang penuh dengan warna-warni bunga orkid.

****BERSAMBUNG****

Aku Punya Dia (ep.1)

Dari tengahari tadi hujan tidak berhenti-henti mencurah ke bumi. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 3.30 petang. Ramai pelajar yang membanjiri perkarangan perpustakaan untuk berteduh seketika. “Adoi,baju kat ampaian tak angkat lagi ni..”, Nisya merungut.“Alah, relax la Sha..nanti kau tak payah angkat baju kau tu. Biar je baju tu kering sendiri. Esok baru kau angkat..hehehe..”, Atika melawak.“Banyak lah kau. Kau tu memang..aku tak naklah buat macam tu. Baju-baju aku tu mahal okay!”, balas Nisya.Danisya Qistina atau lebih dikenali sebagai Nisya adalah salah seorang pelajar yang  ‘hot’ di kampusnya. Mana tidaknya, kecantikan yang dia miliki memang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana siswi di situ. Kalau hendak diceritakan sejarah keturunannya memang agak ‘complicated’. Ayahnya saja berketurunan Pakistan-Belanda. Ibunya pula Melayu-Cina. Sudah semestinya Nisya cantik orangnya. Perwatakan Nisya sentiasa bersahaja. Kata orang, kalau setakat nak ‘control’ cun tu memang tidaklah. Nisya ‘slumber’ saja orangnya. Oleh sebab itulah ramai yang menyenanginya. Kalau nak tahu, Nisya juga merupakan pelajar yang agak cemerlang. Bak kata orang, Danisya Qistina ni memang cukup pakejnya.

****************************************

“Assalamualaikum….aku dah  balik!”, Nisya sedikit menjerit.“Waalaikumsalam…ya tahu dah. Kalau suara sengau-sengau sikit tu memang kau lah. Tak adanya orang lain..”, Shasha melawak.“Amboi amboi! Sedap sangat ke suara awak tu Nur Shasha Elyana?”, balas Nisya.“Owh, hello? Jangan nak cabar pemenang Talentime ni okay?”, Shasha mula megatur bicara ingin mengenakan kawan baiknya itu.“Whatever Shasha. Aku malas nak gaduh dengan kau. Aku nak mandi ni. Kau siap-siap la. Nanti kita keluar makan okay!”, tegas Nisya.“Okay BOSS!”, jawab Shasha sambil tabik hormat ke arah Nisya.Mereka memang berkawan baik sejak mereka mula-mula mendaftarkan diri di kampus itu.

“Nisya…tengok tu kat sana!”, pinta Shasha.“Eh! Apa dia kau ni. Ada-ada saja. Aku nak makan pun tak senang tau”, balas Nisya.“ Wei Nisya..aku tengok mamat yang pakai baju ‘merah mak ngah’ tu asyik usha kau je dari tadi. Tak berkedip-kedip mata dia tau”, kata Shasa.“Alah biarlah dia tu. Malas aku nak layan. Sekarang ni kita makan cepat-cepat. Then, kita balik rumah. Assignment banyak nak buat ni. Dah cepat makan”, tegas Nisha.“Kau ni aku tak faham lah. Ramai kot laki yang nak tackle kau. Tapi kau buat dek je. Kau ni jual mahal sangat la. Nanti jadi andartu baru tahu. Padan muka kau!”, bicara Shasha.“Kalau kau nak, kau ambil la semua okay! Aku tak nak lah. Semuanya bukan taste aku okay. Bukan jual mahal tau, tapi tak jumpa lagi yang betul-betul boleh mencuri hati aku ni”, Nisha tersenyum.“Amboi, romantik la tu konon? Okay Princess Danisya. You dah passing kat I la kan?”, tanya Shasha.“Ya, ambil semua okay. Suka sangat la tu kan”,Nisha tergelak kecil melayan kerenah ‘bestfriend’nya itu.
“I will paste name of your partner work in front of my room by this afternoon. The topic for your assignment you can decide with your partner. This assignment due on 14th of April, two weeks from now. Make sure that all of you pass up it on time. Clear?”, tegas Professor Shazlin.“Clear..prof”.

******************************************
“Nisha, kau tahu tak partner kau tu siapa?”, tanya Atika.“Tahu. Aizzad Immran”, jawab Nisha ringkas.“Eh? Kau ni memang cool je kan. Aku memang tak faham. Kau tak ingat ke dialah mamat yang suka gila usha kau tu?”, Tanya Shasha lagi.“Ehmm.. I think he’s not staring at me.. But he’s staring at you”, balas Nisha sambil mencebik muka ke arah Atika.“ Nisya, aku rasa lah si Shasha pun boleh perasan tau yang si Aizzad tu minat kau!”,jelas Atika.“So? Kau nak aku buat apa? Pergi layan mamat tu? Menggedik-gedik kat dia ke Atika oiii..”, balas Nisya lagi.“EISSH! Kau ni kan buat penat je tau cakap dengan kau ni! Dah lah jom lah balik!”, Atika merajuk.Nisya tertawa melihat gelagat teman rapatnya yang selalu saja ingin menjodohkan dia dengan mana-mana lelaki di kampusnya itu. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan fakulti. Tiba-tiba seorang lelaki menyapa bahu Nisya dari belakang.“Excuse me, you are Danisya Qistina right?”“Waalaikumsalam, ya saya Danisya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”, Tanya Nisha kepada lelaki tadi.Atika mencubit lengan Nisha seolah-olah Nisya melakukan kesilapan.Lelaki tadi tunduk malu sambil megurut-ngurut lehernya..“Assalamualaikum. Saya Aizzad Immran. Assignment partner awak”, jelas Aizzad.“Waalaikumsalam. Oh Aizzad. Ok.”, balas Nisya ringkas.“Kalau boleh, saya nak minta phone number awak. Nanti senang la kita nak buat assignment tu nanti”, jelas Aizzad.

***BERSAMBUNG***