KU HADIAHKAN MU (Ep.1)

Ana tidak pernah menyesal atas semua perkara yang telah dia lakukan. Bagi dirinya selagi setiap sesuatu itu mendatang kepuasan dan pulangan yang lumayan dia pasti tidak akan melepaskan peluang. Dia rela hidup dalam dosa asalkan dia mewah dengan wang ringgit. Hidup cuma sekali. Bila lagi mahu merasa semua ini. . Siapa yang tidak mahukan kebebesan daripada seringkali bertelagah dengan keluarga gara-gara tidak mendapat kebenaran untuk keluar. Ana memilih untuk melarikan dirinya daripada hidup merempat di desa yang langsung tidak ada kemajuan bagi dirinya. Ana pada mulanya bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kelab malam terkemuka di kota metropolitan ,Kuala Lumpur. Dia mengenali ramai kawan yang sanggup memberikannya tempat tinggal dengan bayaran yang murah asalkan dia mahu sahaja untuk bekerja di kelab malam tersebut. Kelab malam baginya adalah syurga dunia. Dia bebas untuk melakukan apa sahaja yang dulunya dia tidak merasa nikmat kebebasan hidup di dunia. Seribu kali sayang kerana dia memilih untuk hidup di dunia yang penuh maksiat. Dulu semasa di kampung Ana merupakan seorang pelajar yang disegani. Kecermelangannya amat membanggakan keluarganya. Ibu bapanya tidak pernah jemu untuk mendidik Ana menjadi seorang wanita yang berguna pada suatu hari nanti. Segalanya berakhir abila dia mula mengenali erti cinta. Cinta kerana Tuhan membawa ke syurga. Cinta kerana nafsu membawa binasa. Cinta yang berputik dalam jiwanya melebihi cintanya kepada tuhan. Cintanya terhadap insan yang bergelar lelaki mengajar  Ana seribu satu cara yang telah membawanya ke dunianya kini. Kerana cinta itu dia berada di mana dia berada sekarang. Ana Pelacur Kelas Pertama. Itulah gelaran yang memberikannya jutaan kemewahan tanpa rasa kesal sedikit pun atas apa yang telah dia lakukan. Siapa yang tidak mahu pendapat lumayan mencecah angka 6 setiap bulan? Pastinya Ana telah memilihnya. Pekerjaannya sebgai pelayan di kelab malam tersebut telah perlahan-lahan mengangkat martabat dirinya yang dirasakan begitu mulia dengan gelaran Pelacur Kelas Pertama. Ana menjadi pujaan lelaki. Tubuhnya yang menggiurkan pasti sahaja dapat menarik perhatian para lelaki yang berkunjung di kelab malam tersebut. Dia membenarkan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh pelanggannya terhadap tubuhnya. Ana bangga dengan tubuhya itu. Dia bangga kerana tubuhnya mampu menjatuhkan iman mana-mana lelaki yang mengenalinya. RM1000, RM 2000 senang-senang sahaja dia peroleh selepas memuaskan nafsu jantan-jantan durjana. Ana puas. Bagi diri Ana hanya pekerjaan itu sahaja yang dapat membahagiakan dirinya. Sehinggalah suatu hari dia berjumpa dengan seorang lelaki di kelab malam tempat dia bekerja. Syafirul.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment