KU HADIAHKANMU (Episod Akhir)

"Ana..", lembut Syafirul memanggil Ana. Ana yang masih lemah masih mampu lagi untuk melemparkan senyuman sebagai tanda dia baik-baik sahaja. "Syaf...",tersekat-sekat suara Ana memanggil Syafirul. "Ana..tidurlah rehat ye", Syafirul membetulkan kedudukan bantal. Ana yang masih lemah terus memejamkan matanya.


************************************************************************

"Nasib baik Syaf tak ada apa-apa", risau Datin Samiha. "Syaf baik-baik sahaja lah mama. Mama janganlah risau", Syafirul memegang tangan ibunya itu. "Macam mana dengan penjahat tu?", tanya Dato' Iskandar. "Dia masih lagi berada di wad tidak sedarkan diri. Selepas ini, polis mungkin akan membuat soal siasat terhadap Ana selepas dia betul-betul sembuh", terang Syafirul. Dato' hanya mengangguk. "Ana, macam mana?", tanya Datin Samiha. "Alhamdulillah, nasib baik peluru tak terkena jantung Ana. Cuma bahagian bahunya saja yang luka", jelas Syafirul pada ibunya. "Baguslah kalau macam tu", ringkas saja jawab ibunya. "Mama boleh terima Ana?", tanya Syafirul lembut. Datin Samiha dan suaminya Dato' Iskandar saling berpandangan. Mereka hanya membisu."Tak apalah Syaf faham, mungkin mama dan papa masih berat hati untuk meyakini Ana", Syafirul seolah mengerti apa yang terbuku di hati kedua orang tuanya. "Mama, papa Syaf nak pergi hospital melawat Ana ya?", Syafirul meminta izin kedua ibubapanya. Dato' dan Datin hanya mengangguk tanda setuju.


"Ana, you okay ke?", tanya Maria. Ana hanya tersenyum. "Nasib baik lah you tak cedera parah, risau I", Maria memegang erat tangan Ana. "I okay je, mana you tahu I ada di hospital?", Ana sedikit hairan. "Ohh..malam tadi I telefon you tapi bukan ada orang lain yang angkat. Dia yang beritahu I yang you ada di hospital", jelas Maria. "Pasti saja Syafirul yang angkat telefon tu", getus hati Ana. "Ana? you termenung apa? Ingat boyfriend ya?", usik Maria. "Eh! Memandai je you ni!", muka Ana kemerah-merahan. "Eleh..macam lah I tak tahu kan?", usik Maria lagi.

"Assalamualikum?", Syafirul memberi salam sebaik sahaja dia sampai di depan pintu ruangan bilik sakit Ana. "Waalaikumsalam", jawab Ana dan Maria. "Ha! Panjang umur boyfriend Ana", tegur Maria. Merah muka Ana menahan malu gara-gara diusik Maria. "Syafirul right?", tegur Maria. "Oh..Maria yang telefon Ana malam tadi kan?", tanya Syafirul kembali. "Yeah! That's me", senyum Maria. "Ana I balik dulu tau, lagipun I kejap lagi I nak jumpa client I", Maria mencium dahi Ana. "Okay, Maria..datang lagi ya?", pinta Ana. Maria mengangguk lalu meninggalkan Ana dan Syafirul.

"Macam hari ni? Okay?", tanya Syafirul lalu duduk di sebelah Ana. "Okay, Syaf terima kasih sebab susah payah selamatkan I", air mata Ana mula mengalir. "Hey, kenapa menangis ni? Tak apalah sesiapa pun yang ada masa tu akan buat perkara yang sama kan?", pujuk Syafirul. "Tapi I dah banyak terhutang budi dengan you. Tuhan saja yang mampu membalas atas segala kebaikan you terhadap diri I", Ana masih lagi menitiskan air matanya. "Ana..dah lah jangan menangis macam ni lagi okay?", pujuk Syafirul lagi. "Syaf..terima kasih", Ana sekali lagi berterima kasih kepada Syafirul. Hanya itu sahaja yang Ana mampu ucapkan untuk membalas segala budi Syafirul ke atas dirinya.

******************************************************

"Mama, Papa ini Ana Arissa", Syafirul memperkenalkan Ana pada kedua orang tuanya. Pantas Ana menghulur tangan untuk bersalaman dengan Datin. Ana mengucup lembut tangan Datin Samiha. Kemudiannya Ana senyum sambil menunduk ke arah Dato' tanda hormat. "Ana, jemputlah duduk", pelawa Datin Samiha. Syafirul naik ke biliknya meninggalkan Ana dan kedua orang tuanya. "Datin dengan Dato' sihat?", Ana melemparkan senyuman. "Kami macam ni lah sihat orang tua", jawab Dato' sambil ketawa kecil. "Ana macam mana luka hari tu?", tanya Datin Samiha. "Alhamdulillah Datin, dah okay dah", Ana tidak putus melemparkan senyuman. "Dah berapa lama Ana kawan dengan Syaf?", Datin memulakan bicaranya. Ana tahu pasti sahaja kedua orang tua Syafirul akan bertanya banyak tentang latar belakangnya. Ana redha atas apa yang akan dia hadapi sebentar lagi. " Dah lama dah Datin. ada dalam setahun", jawab Ana ringkas. "Family Ana ada di mana?",tanya Datin lagi. Berat sungguh untuk Ana menjawab kerana dia terbayang dosanya terjadap kedua ibu bapanya. "Ayah dengan mak dah lama meninggal dunia dalam 5 tahun yang lepas", perlahan sahaja jawapan Ana. "Innalillah..",balas Datin dan Dato'. "Kira kamu ni sebatang kara?", tanya Dato'. Ana mengangguk. "Saya anak tunggal. Kebetulan juga arwah ayah pun tunggal. Jadi tidak ada ramai keluargalah. Mak pula datang dari Pattani. Saya pun tak pernah kenal dengan keluarga mak", Ana menceritakan perihal keluarganya. "Minta maaf lah kalau mak cik tanya", Datin serba salah. "Tak apa Datin, tanya sajalah", Ana memang telah bersedia untuk dihujani jutaan soalan. "Betul ke kamu dulu...",Datin tidak sampai hati untuk menghabiskan soalannya. Dato' hanya memandang ke arah isterinya. Ana tunduk. "Ya, Dato' Datin..apa yang Dato' dan Datin tahu tentang masa silam saya semuanya benar. Saya bukan perempuan yang baik. Tetapi saya bersyukur sangat sebab Allah masih berikan saya untuk saya bertaubat. Dato' dan Datin bertuah kerana ada anak seperti Syafirul. Syafirul banyak membantu saya", jawab Ana sayu. Datin tersentuh melihat pengakuan ikhlas Ana. Datin Samiha percaya yang Ana betul-betul telah ikhlas berubah. Dari mata Ana sahaja Datin begitu mengerti Ana seorang wanita yang tabah. Itulah naluri seorang ibu. "Ana, kami restu hubungan kamu dengan Syafirul", Datin memegang erat tangan Ana. Ana tersenyum namun dia tidak mampu menahan air matanya. "Terima kasih Dato' , Datin", Ana gembira sekali. Pada malam itu mereka makan malam bersama. Perlahan-lahan Datin dan Dato' mula menyukai sikap Ana yang pandai mengambil hati mereka.


*************************************************************************

Majils berjalan begitu lancar. Semua yang dirancang menjadi. Tetamu mula beransur-ansur pulang. Dato' dan Datin gembira sekali melihat satu-satunya anak tunggal mereka telah selamat diijabkabul. Syafirul mengucup lembut tangan Ana. Ana tersenyum.

"Ana, terima kasih sebab sudi jadi isteri I", Syafirul menyapa lembut pipi Ana. "Hmm..welcome, tapi you kena tunaikan janji you dulu. jangan buat-buat lupa?", Ana mencubit kecil hidung Syafirul. "Ohh..ya. Kejap I pergi ambil album", kata Syafirul sambil menuju ke almari biliknya. Lantas Syafirul mendekati Ana lalu membuka album tersebut satu persatu. "You ingat lagi tak gambar-gambar ni?", tanya Syafirul. "Eh! Ini gambar I masa tingkatan 1,,yang ni tingkatan 2..sebelah I ni siapa?",tanya Ana. "Sebelah you tu I lah", Syafirul cuba meyakinkan Ana. "Tapi macam mana boleh ada?", Ana sangat hairan. "You tak ingat ke kita dulu pernah masuk persembahan gurindam dan seloka masa Hari Anugerah Kecermelangan tahun 1999? Sejak tu lah I sukakan you sampai lah sekarang", jelas Syafirul.
Ana seolah-olah idak percaya. Begitu tingginya nilai kasih Syafirul terhadap dirinya. Ana mencapai tangan Syafirul lalu mengucupnya. Air matanya mengalir. "Terima kasih abang sebab sudi terima Ana",ucap Ana. Lantas Syafirul mengucup lembut dahi Ana. "Ana, dua minggu lagi kita pergi sini ya?", Syafirul menghulurkan sebuah sampul untuk Ana. ''Apa dia ni?", tanya Ana. "Bukalah dulu", pinta Syafirul. "Ya Allah...abang! Terima kasih sangat. Tiada hadiah yang lebih bermakna dalam hidup Ana selain dapat menunaikan umrah bersama-sama abang", Ana terus memeluk erat suaminya.


**********************************************TAMAT*****************************************

KU HADIAHKANMU (Ep.10)

Ana berlari mendapatkan Syafirul. Syafirul masih lagi terbaring menahan kesakitan setelah ditendang oleh lelaki serba hitam sebentar tadi. Ana membantu Syafirul untuk bangun. Syafirul bangun dan menuju ke kerusi lepak di laman rumah dengan dibantu oleh Ana. "Apa dah jadi ni Syaf?", Ana panik. "I yang nak tanya you. You ada rahsia apa-apa dari I ke sebelum ni?", tanya Syafirul kembali. Ana tunduk dan membisu. "You,you sedar tak ada orang nak bunuh you?", tanya Syafirul sedikit memaksa. "Nasib baik I sampai awal! Kalau tak...?",tengking Syafirul. Ana masih lagi membisu. Kelihatan ada butiran jernih air mata yang keluar dari kelopak mata Ana. "Okay, I'm so sorry. I tak sepatutnya marah kan you. I just worry about you, Ana", Syafirul kesal atas tindakannya memarahi Ana sebentar tadi. "Tak apa,thanks sebab selamatkan nyawa I.Kalau you tak ada tadi mesti I dah ..". Tak sempat Ana menghabiskan ayatnya Syafirul bersuara, "Please tell me what's going on? Kenapa lelaki tu nak bunuh you?". Pada malam itu, Ana terpaksa menceritakan semua yang terjadi. Walaupun tidak sedikit pun terlintas di hatinya untuk menceritakan perkara tersebut kepada Syafirul. Namun, Ana tiada pilihan.


*******************************************************************************

"Ana!". Ana yang sedang khusyuk melihat skrin komputer ribanya sedikit terkejut. "Encik Syafirul, ada apa?", tanya Ana. "Masuk bilik saya kejap", tegas Syafirul. Ana bergegas ke mengekori Syafirul ke bilik majikannya itu. "Duduk Ana", arah Syafirul. "Ada apa you nak jumpa I", tanya Ana. "You pergi kerja naik apa?",tanya Syafirul. "I naik cab", jawab Ana ringkas. "Kereta you mana?",tanya Syafirul lagi. " I dah pulang balik kereta I pada kawan I tu", jawab Ana dengan nada yang perlahan. "Oh baguslah. Ana mulai hari ni I yang akan ambil dan hantar you. Kalau you nak pergi mana-mana bagi tahu I, biar I saja yang hantar", kata Syafirul sambil memerhatikan Ana. "Eh! Tapi..". " No excuses!", sampuk Syafirul. "Lagipun you dalam bahaya. I tak nak apa-apa yang tak elok jadi pada you",Syafirul berterus-terang.
"I dah banyak susahkan you Syaf",Ana segan sekali dengan Syafirul yang tidak putus-putus memberi bantuan. "Tak ada apalah..nanti kita pergi buat laporan polis okey?", tanya Syafirul yang menunggu persetujuan Ana. "Okey!",jawab Ana lalu bangun meninggalkan ruangan kerja majikannya itu.

************************************************************************

"Kurang ajar! Kau nak tunjuk hero ye! Kau ingat kau boleh halang aku daripada musnahkan perempuan sial tu!",Fuad masih lagi belum habis melepaskan geramnya gara-gara rancangannya untuk membakar rumah Ana gagal. "Kali ni kau takkan boleh terlepas Ana!", jerit Fuad.
**************************************************************************

"Allah..!", Syafirul bersuara. "Kenapa Syaf?", tegur Ana kehairanan. "I terlupa nak ambil handphone I atas meja. You ambil kunci kereta I, start enjin tunggu I dalam kereta okay?", pinta Syafirul.Ana mengangguk lalu tersenyum tanda setuju. Sedang Syafirul berjalan ingin ke pejabatnya semula seorang lelaki serba hitam melintasi dia. Jantung Syafirul berdebar-debar. Dia tidak sedap hati. Syafirul menoleh ke belakang semula mencari kelibat Ana dan lelaki serba hitam tersebut. Tiba-tiba Syafirul ternampak lelaki serba hitam sedang mengacukan pistol di sebalik kereta ke arah Ana. Syafirul bergegas  untuk menghalang lelaki tersebut. Syafirul berlari selaju yang dia mampu. Dia begitu bimbangkan keselamatan Ana. 
"Boom!" Dalam beberapa saat sahaja Ana yang sedang cuba membuka kunci kereta rebah ke bumi. "Ana!", jerit Syafirul. Lelaki serba hitam itu cuba melarikan diri setelah tersedar dirinya dilihat Syafirul. Syafirul tidak akan melepaskan lelaki tersebut. Syafirul megejar pembunuh itu lalu mereka bergelut dan se das tembakan sekali lagi berbunyi.


Bersambung...