KU HADIAHKANMU (Ep.6)

"Yup, I really meant it", jawab Syafirul ringkas. Ana hanya mampu terdiam dan terus memandang Syafirul. "I dah tak nak you kerja kat tempat-tempat macam tu lagi. Faham?", tegas Syafirul. "Hmm..tapi kan...", belum sempat Ana bersuara lantas Syafirul bersuara. "A..a..a..no more excuse". Ana merasakan mulutnya terkunci. Dia tidak mampu untuk membantah keputusan Syafirul. Hatinya seperti merelakannya. Ana mengganguk tanda setuju. "Good", kata Syafirul sambil tersenyum setelah mendapat persetujuan dari Ana.


   ******************************************************************************************************
"Ana serius ke kau ni?", tanya Ana pada dirinya sendiri. Ana seperti tidak mengerti perasaan yang janggal dia rasakan itu. Ana tidak menyangka Syafirul sebaik itu. " Kenapa mamat tu nak aku berhenti kerja kat kelab tu? Cari jelah orang lain yang lagi layak. Aku ni dah lah tak da kelulusan langsung", Ana bermonolog lagi. Dia termenung di birai katilnya. Dia cuba untuk melelapkan matanya. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Hatinya gelisah. Dia masih lagi memikirnya keputusan Syafirul yang agak terburu-buru itu. Namun Ana rasakan dia tidak mempunyai pilihan lain. "Tak apalah Ana..kerja yang baru ni kan halal..bila lagi kau nak berubah..",monolog Ana lagi. " Siapalah sebenarnya Syafirul ni. Aku tak faham betul la. Tanya tak jawab pulak tuh!", bicara hati Ana lagi. Ana melelapkan matanya.


*****************************************************************************************************
"Dania, saya nak awak siapkan bilik yang kosong sebelah bilik awak tu. Kalau boleh secepat mungkin", arah Syafirul kepada pembantu peribadinya itu. " Baik Encik Syafirul. Tapi boleh saya tahu bilik ni untuk apa?", tanya Dania untuk mendapatkan kepastian. "Hmm..saya akan lantik lagi seorang pembantu peribadi", jawab Syafirul ringkas. "Err..lagi seorang? Saya tak cukup bagus ke Encik Syafirul? Saya minta maaf kalau saya buat banyak salah..", kata Dania dengan nada yang agak kecewa. " Eh bukan macam tu maksud saya Dania. Sebenarnya saya akan tukarkan awak ke bahagian pengurusan projek", jawab Syafirul. "Maksud Encik Syafirul saya akan naik pangkat la ye?", tanya Dania seperti tidak percaya apa yang telah dikatakan oleh Syafirul sebentar tadi. "Yup, lagipun awak dah lama jadi PA saya, dekat 4 tahun kan? Dato' pun dah setuju sebab prestasi kerja awak di syarikat ni amat baik", terang Syafirul lagi. "I can't believe it. Thank you so much! I promise you I will work hard for this company", kata Dania dengan penuh semangat. " A..a..a jangan happy sangat. Saya ada tugas baru untuk awak sebelum awak ditukarkan ke bahagian lain tu", tambah Syafirul.
"Apa dia Encik?", Dania tertanya-tanya. "Saya nak awak tolong saya beri tunjuk ajar kepada bakal pembantu peribadi saya yang baru tu. Awak kena ajar dia semua benda sampai dia setanding dengan awak, boleh?", tanya Syafirul. " Tu je? Boleh Encik Syafirul tak da masalah. Beres!", jawab Dania sambil tersenyum. Syafirul senyum kembali dan terus menuju ke bilik pantry. Sedang Syafirul menikmati kopi panas bahunya disapa oleh seseorang. "Syaf!". "Eh, kau Fariz! Terkejut aku! Kau buat apa kat sini?", tanya Syafirul. "Oopps sorry lah boss. Lupa lah nak buat appointment. Boss kan sibuk sekarang", perli Fariz. "Ni apahal pulak nak ber boss boss dengan aku? Tak da lah punyalah susah nak jumpa kau.Rajin pulak kau datang syarikat aku ni? Tak ada kerja ke?", tanya Syafirul selamba.
"Aku baru balik dari lawat projek aku dekat Bangi alang-alang aku singgah sini lah. Nak harap kau jumpa aku..berubanlah rambut aku ni..hahahahaha", gelak Fariz. "Amboi kau! Mulut boleh tahan jugak kalah perempuan! Ha..aku ada something lah nak minta pendapat kau", kata Syafirul. "Tengok! Untung aku datang. Boleh jadi kaunseling kau kan? Ni tak lain tak bukan masalah kau dengan Zaheera kan? Aku tengok muka dah tahu", teka Fariz.
 "Apahal pulak Zaheera? Aku dah lama tinggalkan dialah",jelas Syafirul. "Pergghh!! Bila..aku tak tahu pulak kan?  Awek sikit punya cantik kau tinggal jugak? Kalau aku dapat Zaheera tu aku ikat dia jaga baik-baik tau!",usik Fariz. "Dah aku malas nak ungkit cerita lama. Aku nak lupakan dia!", tegas Syafirul. "Ooppss sorry boss! Dah tu amenda yang kau nak share sangat dengan aku ni?", tanya Fariz. " Malam ni tempat biasa kita lepak okay? 9.00 malam? Nanti kau cerita", jawab Syafirul ringkas. "Okay boss!", jawab Fariz sambil tabik hormat ke arah Syafirul. Mereka tertawa sesama sendiri.


Sementara itu Ana hanya bersendirian di rumah. Dia membuat keputusan untuk duduk di rumah sahaja pada hari ini. Matanya mejeling ke arah Nokia Lumia merah jambu miliknya.
"Ish aku ni duduk tak duduk nak tunggu panggilan mamat tu apahal pulak?", Ana bercakap sendirian. "Suka hati dialah nak call ke tak nak. Tapi serius ke dia nak aku kerja dengan dia ni?", bicara Ana sendirian. Tiba-tiba Lumia nya berdering. "Syafirul" tertera di skrin telefonnya. 


Ana             : Hello Syafirul
Syafirul        :  Hello Ana. You ada kat mana tu?
Ana             : I ada kat rumah je ni. Kenapa?
Syafirul        : Good. Pukul 3 nanti I datang ambil you kat rumah okay.
Ana             :  Nak pergi mana pulak ni?
Syafirul        : Adalah. Siap je okay! Okay I nak siapkan kerja sikit. Ingat pukul 3 tau!
Ana             : Ye lah I ingat.
Syafirul        : Okay. Bye.




Bersambung....