KU HADIAHKANMU (Ep.5)

Syafirul memulakan perjalanan pulang ke rumahnya. Dia teringat kata-kata Alif tentang kriteria untuk memilih calon isteri. Ana Arissa. Itulah wanita yang kini berada di kotak hatinya. Dia telah lama menyimpan perasaan terhadap Ana sejak dulu lagi. "Dah lama aku cari dia. Tak kan aku nak lepaskan dia?", getus hati Syafirul. "Tetapi betul ke dia?", seperti ada lagi bahagian diri Syafirul yang menbisikkan kata-kata tersebut di hatinya. "Alah..Ana Arissa..I can change you!", tegas hati Syafirul.


Syafirul mula memasuki perkarangan rumahnya. Dari jauh kelihatan Dato' Iskandar dan Datin Samiha sedang beristirehat di laman 'swimming pool' rumahnya. Dia terus menghampiri mereka. "Assalamualaikum mama..abah..", Syafirul memberi salam sambil menghulurkan tangannya. "Kerja macam mana?", tegur Dato'. "Semuanya okay je abah..", jawab Syafirul ringkas. "Dah duduk sini dulu..mama ada benda nak bincang dengan kamu ni", Datin mula bersuara. "Ehmm..Syaf macam boley agak je benda yang mama nak cakap tu", Syafirul mula melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Samiha. "Ehmm..apa dia yang Syaf agak tu?", tanya Datin. " Ini tak lain tak bukan nak cakap pasal kahwin kan mama?", Syafirul mula mengagak. "Hahahaha..", Dato' gelak kecil. "Mama kau tu tak sabar nak timang cucu..", sambung Dato' lagi. "Ealah..Syaf ..mama dan abah kamu ni dah tua dah..entah sempat tak sempat nak tengok anak kamu ke tak nanti..", tegur Datin. "Mama bagilah Syaf sedikit masa..Syaf tengah usaha la ni..", pinta Syafirul agar mamanya bersabar. "Oh..kiranya dah ada calon lah ni?", Datin tampak teruja. "Eh awak ni tak sabar sangatlah", tegur Dato' sambil tersenyum. "Calon tu ada lah..tapi tengah nak comfirm kan je ni..Syaf tak berapa pasti yang dia tu betul-betul jodoh Syaf ke tak..", terang Syafirul. "Sebab tu lah kena banyak berdoa Syaf..minta petunjuk..", tambah Datin lagi. "Iyalah mama..", jawab Syafirul ringkas.


********************************************************************************************************


"Hello Ana...I ni Syafirul"
"Ye, Syaf ada apa?"
"You kat mana tu?"
"I kat tempat biasalah, kelab.."
"Hmm...I nak ajak you keluar..ada benda nak bincang"
"What? Sekarang ke? Tak boleh lah Syaf..I.."
"Dah I tak nak dengar alasan you..You keluar dari kelab tunggu depan I kat car park"
"Ealah..Ealah.."


"Eii mamat ni..asyik nak kacau aku je lah. Entah nak bawa aku pergi mana pulak kali ni", bicara Ana di dalam hatinya. "Tapi yang aku ikut je cakap dia kenapa pulak...?", Ana bertanya kepada dirinya sendiri.


Sedang Ana mengelamun sendirian tiba-tiba hon kereta berbunyi di hadapannya. " Aii termenung apa lah tu..sampai I dah sampai pun tak sedar-sedar jugak?", tegur Syafirul sambil tersenyum. Ana memandang Syafirul dengan geram. Ada saja idea Syafirul untuk menyakat Ana. "Dah cepatlah masuk..tunggu apa lagi?", tegur Syafirul lagi. Ana lantas memasuki ke dalam kereta Syafirul.


"Syafirul..you nak bawa I pergi mana pulak kali ni? You nak tenangkan fikiran you tu kat mana pulak?", Ana mulakan perbiacaraanya. "Haishh..bunyi macam perli je tu Cik Ana oii", jawab Syafirul. "Hahaha..terasa ke Encik Syafirul?", tanya Ana sambil ketawa. " Terasa lah jugak Cik Ana oii..." "Cop! Ni bukan ke restoran yang mahal giler tu ke?", sambung Ana pabila Syafirul mula memasuki ruangan tempat letak kereta di hadapan restoran tersebut.
"Oh? Ye ke? I tak tahu pun..", balas Syafirul selamba. "Okay kita dah sampai..jom!", sambung Syafirul lagi. Ana yang  masih lagi kebingungan terus keluar daripada kereta. "Err...you nak bawa I makan kat sini ke?", tanya Ana. "Yup!", balas Syafirul ringkas. "Err..tapi kan mahal..", tanya Ana lagi. "I just wanna make you happy..", Syafirul tersenyum. Sekali lagi Ana berdebar melihat Syafirul tersenyum begitu padanya. Keihklasan di mata Syafirul cukup jelas untuk membuat dirinya terasa dihargai.


Mereka melangkah masuk ke dalam restoran. Mata Ana liar memandang sekeliling ruangan dalam restoran. Syafirul hanya tersenyum melihat gelagat Ana. "Ana..silakan duduk..", Syafirul menyorong kerusi dengan perlahan untuk memberi ruang untuk Ana duduk. Lantas Ana melabuhkan punggungnya. Syafirul tersenyum melihat Ana. "Err..you..", baru sahaja Ana ingin mulakan perbualan lantas Syafirul menyambung. "Dah lah Ana...bukan selalu kan...just for you.." Ana memandang Syafirul dengan seribu persoalan. "Kenapa?", getus hati kecil Ana. "You kata nak bincang something dengan I kan? Apa dia?", tanya Ana. Ana tidak senang duduk. Macam-macam persoalan muncul di kota fikirannya. "Hmm.. kita makan dulu okay?", jawab Syafirul ringkas.


"Ehemm...ehemm..",Ana terbatuk kecil sejurus mendengar pengakuan Syafirul. "You serius ke ni? You tahu kan I ni macam mana? Dah banyak lelaki sentuh I? I tak rasa ada lelaki yang nak kat I ni..I kan pela...". "Dah! I tak nak you mention siapa diri you!", cukup setakat hari ini you kerja tempat macam tu. Lepas ni I nak You kerja dengan I..Jadi PA I okay!", tegas Syafirul. " Tapi Syafirul...kenapa I?", tanya Ana lagi. Syafirul hanya diam memandang Ana.


Bersambung...

KU HADIAHKANMU (Ep.4)

"I tanya you jawab la betul-betul", pinta Ana. Syafirul hanya tersenyum. Kadang-kala dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih-sengih. "Entah apa yang berada di dalam fikiran Syafirul agaknya?", soal Ana di dalam hatinya. "You nak tahu ke jawapannya? Macam mana I boleh tahu nama you?", tanya Syafirul kembali. "Mestilah, cepatlah cakap!", marah Ana. "Marah nampak?", balas Syafirul sambil mengangkat keningnya. "Marah tak jadilah nak bagi tahu", sambung Syafirul selamba. Wajah Ana berubah. Dia kelihatan tidak puas hati dengan tindakan Syafirul. Ana hanya mendiamkan diri. Sekali-sekala Syafirul menjeling ke arah Ana. Dia tahu Ana teringin benar inginkan jawapan tentang persoalannya itu tadi. Tetapi bagi Syafirul biarlah hanya dia dan Tuhan saja yang tahu. Satu hari nanti pasti dia akan beritahu Ana tentang jawapannya itu. Sekarang belum masanya lagi untuk Ana tahu.


Kereta Syafirul mula memasuki perkarangan kawasan letak kereta berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Ana masih lagi mendiamkan diri. "Jom lah turun", tegur Syafirul. Ana hanya menuruti arahan Syafirul. "Dah senyum sikit, buruk benar muka tu masam macam cuka", Syafirul mula menyakat Ana. Ana hanya mencebikkan mukanya. "You bawa I pergi tasik ni nak buat apa? Bukan ada apa-apa pun kat sini?", kata Ana. "Ha..ingatkan dah bisu dah tadi tak nak cakap sangat. Alah nak ajak you tenangkan fikiran. Kan seronok kalau pergi tempat-tempat macam ni sekali sekala kan?", tanya Syafirul. Ana hanya menganggukkan kepalanya. Mereka pun berjalan menuju ke tasik tersebut. Sedang asyik mereka berjalan-jalan melihat keindahan tasik tiba-tiba ada suara yang muncul dari belakang mereka. " Hai Ana!". Mereka berdua menoleh. Ana tergamam. Dia mula berfikir siapakah gerangan lelaki tersebut. Syafirul hanya memandang ke arah Ana menunggu reaksi dari Ana.  "Hello? Ana?", tegur Asri. Ana tersedar dari lamunannya. Ana hanya tersenyum. "Well..well.well.. new boyfie I guess?", tegur Asri sambil mengangkat-ngangkat keningnya ke arah Syafirul. Ana memandang ke arah Syafirul. "Err..he's.." Belum sempat Ana mengahbiskan ayatnya, Syafirul pantas menyambung. " Well..of course..we're in love", sambil tersenyum. Ana memandang tepat ke arah Syafirul. Dia terkejut dengan pengakuan Syafirul yang palsu itu. "Oh I see...you already met your type huh Ana? So what are you doing right now? Are u still a.....ehem..", tanya Asri. "Ehem..what? She's working in my company", balas Syafirul dengan nada tidak puas hati. Ana tunduk. Dia sekal lagi tidak menyangka Syafirul sebaik itu."Oh great! Okay la.. I balik dulu lah. Sorry la kacau korang berdua dating,. Have fun!", kata Asri dan terus meninggalkan mereka.


Mereka berdua berjalan menuju ke sebuah kerusi batu berhampiran dengan pokok di tepi tasik. Ana masih lagi mendiamkan diri selepas apa yang berlaku sebentar tadi. "Kenapa diam je ni Ana? Ceria lah sikit..", tegur Syafirul. "Kenapa awak baik dengan saya? Saya ni bukan perempuan yang baik..", Ana bersuara dengan nada yang agak sayu. "Eh? Kenapa cakap macam tu pulak? Dah..lepas ni saya tak awak cakap macam tu lagi okay Ana?", pinta Syafirul. "Ehmm...okay", jawab Ana ringkas. Mereka mengahayati keindahan pada malam itu. Sekali sekala Ana tersenyum melihat gelagat Syafirul yang pandai menghiburkan hatinya.




***********************************************************************************************************


"Bos..saya dengar cerita bos ada skandal dengan perempuan kat kelab malam tu. Betul ke bos?", tanya Alif salah seorang pekerja di syarikat Puncak Asia Holdings. " Perempuan mana?", tanya Syafirul bin Dato' Iskandar. "Alah..siapa nama perempuan tu ea..ala bos buat-buat tak tahu pulak..rasanya satu KL ni kenal dia..", balas Alif. "Satu KL? Wow untungla saya kan, ada skandal dengan dia tu", jawab Syafirul selamba. "Eh, maknanya betul ke bos? Bos serius ke nak dengan perempuan macam tu? Eh..kalau saya lah saya nak cari yang solehah..", tegur Alif. "Tak salah kalau kita dijodohkan dengan perempuan baik atau pun tidak. Kita yang sebagai lelaki ni yang kena bentuk akhlaknya. Semua orang ada kenangan pahit kan?", jawab Syafirul. "Amboi bos? Ni dah bunyi lain macam dah ni. Mendalam maksudnya tu bos. Macam dah ready je ni", usik Alif sambil tersenyum. " It's up to you nak fikir macam mana", jawab Syafirul ringkas.




Bersambung...