Syafirul mempunyai imej dan gaya yang tersendiri. Semua perempuan yang berada di kelab malam pasti saja tidak akan melepaskan peluang untuk mendekati Syafirul. Syafirul tampak seperti orang berada. Tengok dengan gaya yang dikenakan sudah mampu untuk menjawab semua persoalan yang muncul di fikiran. Satu yang pelik dengan Syafirul dia tidak langsung melayan perempuan-perempuan yang satu persatu datang mengahampirinya. Sedikit pun Syafirul tidak tergoda dengan liuk-lentok tubuh perempuan yang ingin menggodanya. Ana perasan benar dengan caranya itu. Ana berniat untuk menghampiri Syafirul. Terasa seolah-olah ada tarikan magnet yang muncul dalam dirinya apabila merenung diri Syafirul. Ana mula mengatur langkah. Pelbagai taktik dirancang rapi di dalam fikiran Ana tatkala mula menghampiri Syafirul. Kehadiran Ana tidak sedikit pun menarik perhatian Syafirul untuk memandang ke arah Ana. Ana geram. Mana ada lelaki yang akan melepaskan peluang untuk mendekatinya. Ana diam terpaku melihat kekacakan wajah Syafirul. Untung saja Syafirul tidak perasan akan renungan Ana. Rakan-rakan Syafirul berlalu meninggalkan Syafirul. Tinggallah Ana dan Syafirul saja yang di meja tersebut. Ana masih lagi menatap Syafirul. Akhirnya Syafirul mula menegur Ana." Hello you? Hello?", sapa Syafirul. Ana terkejut. Dia mula membetulkan kedudukannya dan rambutnya. " Yup.", jawab Ana ringkas. "You ni tak nak balik lagi ke? Kelab dah nak tutup.", tanya Syafirul. " Hmm..ya I nak balik la ni", balas Ana. Ana bangun meninggalkan Syafirul. Niatnya untuk menggoda Syafirul mati begitu saja. Ana mula meninggalkan kelab malam. Ana tidak sedar bahawa Syafirul turut berjalan keluar di belakangnya. Ana terbenhenti di depan pintu lalu merungut. "Aduh, macam mana nak balik ni? Tadi tumpang Zara. Yang si Zara tak ingat pulak kat aku. Main tinggal je!"
"Ehem..", Syafirul berdehem kecil. Ana terkejut. Dia tidak menyangka Syafirul berada di belakangnya. "Boleh tepi sikit tak you? Pintu ni memang pintu you sorang je kan?", sindir Syafirul. Muka Ana merah padam. Perasaan marah dan malu mula membaluti tubuhnya. "Hmm ..sorryla. I tak perasan pun you kat belakang tadi", balas Ana dengan nada tidak berpuas hati. " Hahaha..", Syafirul ketawa kecil. "Tadi kata tak ada orang nak ambil you kan? Jom lah I tumpangkan sampai rumah", ajak Syafirul. " Tak apalah, I balik naik teksi je", balas Ana. "Eh, dah pukul 2 ni you, mana nak dapat teksi?", sambung Syafirul lagi. Ana diam. Ada betul juga kata Syafirul. "Jom lah", ajak Syafirul lagi. Ana jalan mengikuti langkah Syafirul menuju ke kereta. Ana diam seribu bahasa. Syafirul hanya memandang Ana. " You ni berani kan ikot I? Kalau I ni orang jahat macam mana?", tanya Syafirul. "Hmm..tak ada bezanya baik ke jahat. Lelaki semua sama saja", jawab Ana sambil tersenyum sinis. "Eh? apa yang baik apa yang jahatnya ni?", Syafirul pelik dengan soalan Ana. "You tak nak tidur dengan I ke malam ni?", Ana mula mengatur langkah. Dia sudah pasti tidak akan melepaskan peluang yang ada. "What? Tidur dengan you?", tanya Syafirul selamba. " Don't say that you do not know me? Ana?", tanya Ana kembali. "Ana? Owh nama you Ana la ni? Kenapa? You ni artis ke?", Syafirul benar-benar ingin tahu. "Nevermind.", balas Ana ringkas. Perbualan mereka terhenti di situ sehingga mereka sampai di rumah Ana. Ana keluar dari kereta. "Ana..", panggil Syafirul.
Bersambung...



No comments:
Post a Comment