Aku Punya Dia (ep.2)

Lalu Nisya pun menulis phone numbernya di atas sehelai sticknote lalu menampalnya di bahu Aizzad. Aizzad sedikit tergamam dengan perbuatan Nisya yang sangat slumber melekatkan sticknote itu di bahu nya. Nisya mula meninggalkan Aizzad.“err..thanks Nisya”, Aizzad mulakan bicara.NIisya berpaling dan hanya menguntum senyuman, Aizzad masih lagi kaku berdiri terpana melihat senyuman manis Nisya.“ Kau tengok si Aizzad tu. Habislah dia lepas ni. Gerenti tangkap cintan kat kau punya. Ternganga mulut dia tengok kau senyum tadi. Hahahah lawak lah Aizzad tu. Nasib baik la muka boleh tahan kacak lah jugak..”, usik Atika.“Ai,,kau ni yang lebih ni apehal pulak.. kau yang tangkap cintan dengan mamat tu kot erk?”, balas Nisya.“eh mana ada. Aku cakap apa yang betul tau”,tegas Atika lagi.“ha! Lagi satu. Apasal aku rasa kau dengan Aizzad tu macam secocok je Nisya. Macam pinang dibelah dua je? Hehehe”,tambah Atika lagi.“oii Atika. Aku ni baru je 1st time jumpa and talk with him. Kau dah mula pandai-pandai buat novel pasal aku dengan dia pulak kan? Memandai je minah ni”,balas Nisya sambil menggeleng kepalanya. 
Atika hanya tersenyum melihat air muka Nisya. Dia yakin kawan baiknya itu mesti akan berjumpa dengan seorang yang boleh menbuka pintu hatinya yang masih lagi terkunci untuk insan bergelar lelaki.“ Jangan pernah tinggalkan diriku..jangan lepaskan aku…”“Nisha! Ada orang call kau! Cepatlah!”, Shasha sedikit menjerit.Nisya yang sedang mandi menjerit..“kau angkat la dulu. Cakap aku tengah mandi!”.“hello.. siapa ni..Nisya dalam bilik air. Ni roomate dia”, jawab Shasha.“hello. Owh okay! Thanks. Nevermind. I’ll will call back later”.Talian terus padam.Nisha melangkah keluar dari bilik air.lalu dia bertanya pada Shasha..“siapa tadi?”“entah lah. Tapi lelaki lah. Oh…. kau ada skandal tak bagi tahu dengan aku pun kan? Sampai hati kau Nisya”, Shasha sedikit merajuk.“adoiyai..ni sekor lagi minah tak habis-habis lagi. Siang tadi layan si Atika. Balik rumah kau pulak?. Ok2, macam ni. Aku rasa tadi tu Aizzad Immran. Dia partner aku untuk assignment terbaru. Prof Shaz la yang tentukan. Pastu dia minta no hphone aku. Katanya nanti senang nak contact kalau ada apa-apa masalah. puas hati?”, terang Nisha.“heheheheh. Okay!”, balas Shasha tersenyum sambil mengangkat-ngangkat keningnya ke arah Nisya.

“hah! Mula lah tu nak kenakan aku! Dah-dah la okay. Penat aku nak layan kau dengan Atika. Dua-dua sama je kan. Suka sangat nak sakat aku”, balas Nisya.“jangan pernah tinggalkan diriku..jangan lepaskan aku..”“hah! Aizzad tu cepat angkat Nisya!”, Shasha teruja.Nisya yang sedang sibuk mengeringkan rambutnya lantas mencapai handphone nya.Nisya: assalamualaikum?Aizzad : waalaikumsalam Danisya Qistina. Ni Aizzad Immran.Nisya : oh. Aizzad. Panggil  Nisya je. Ada apa telefon ni?Aizzad: saya nak tanya ni. Qis nak start buat assignment bila ya?Nisya : oh? Ehmm.. kita tak cari tajuk lagi kan. Macam nil ah, esok petang pkul 2, Aizzad free tak?Aizzad : esok pkul 2 ya? Ehm,,saya free je. Nak jumpa kat mana?Nisya: I think the best place is..  library okay?Aizzad: okay. See you tomorrow 2p.m. assalamualaikum.Nisya: waalaikumsalam.Nisya pun mematikan talian. Dia mula ‘save’ number Aizzad di dalam ‘list contact’nya.“apelah kau ni Nisya. Ada ke keluar ‘date’ dekat library! Tak romantic langsung tau!“Oi! cik Shasha. Bukan pergi berdating okay! Nak buat assignment je. Suka sangat tau nak fikir bukan-bukan.” Jelas Nisya.

“alah..tak lama lagi keluar dating la tu! Aku berani kerat jari aku ni lah!”, Shasha sedikit tergelak.Nisya yang geram dengan usikan Shasha, mendekati Shasha lalu mencubit-cubit rakannya itu. Gelak tawa mereka memecah kesunyian malam.
Nisya melihat jam tangannya.“alamak dah 2.15p.m la pulak.dah lambat ni”, getus Nisya di dalam hati.Dia mula melangkah ke pintu masuk perpustakaan mencari-cari kelibat Aizzad yang pasti sudah lama tunggu kedatangannya. Matanya mula tertumpu pada seorang lelaki berbaju kelabu di meja dekat dengan rak buku.“assalamualaikum, Aizzad. Maaf lambat”, Nisya mulakan bicaranya.“ Waalaikumsalam. Eh! Tak apa lah. Aizzad tak kisah pun. Lagipun tak ada apa-apa yang nak dibuat. Jemputlah duduk.Nisya pun mengambil tempat di kerusi yang bertentangan dengan Aizzad. Nisya mula mengeluarkan buku nota dan sebatang pen.“So, Aizzad ada apa-apa cadangan untuk tajuk assignment kita?”, Tanya Nisya.“Aizzad ada terfikir tadi satu idea. Memandangkan assignment kita pasal ‘plants’. Apa kata kita buat research tentang bunga orkid? Okay tak? Apa pendapat Qis?”, Tanya Aizzad.“orkid? Nice! Okay lah. Nisya okay je. Lagipun sekarang memang banyak Orkid yang dijadikan penanaman kormesial kan”, Nisya mengangguk tanda setuju.

Aizzad tersenyum melihat Nisya. Nisya yang sedang asyik menulis tidak perasan bahawa ada seorang yang begitu asyik melihatnya. Nisya mula memandang Aizzad. Aizzad sedikit gelabah lalu memalingkan mukanya ke tempat lain. Dia risau kalau-kalau Nisya perasan perbuatanya itu.“jadi..bila kita boleh start buat research pasal orkid ni aizzad”, Tanya Nisha.“Kalau ikut-ikutkan sekarang pun boleh. Aizzad tak ada kelas dah petang ni. Qis macam mana?”, Tanya Aizzad.“okay. Nisya pun dah tak ada kelas dah. Jadi kita nak mula dari mana ni?”, Nisya minta pendapat.“Okay. Memandangkan Nisya tanya Aizzad. Sekarang jom kita keluar”,jawab Aizzad ringkas. Aizzad bingkas bangun dari tempat duduknya. Nisya masih lagi ‘blur’ dengan arahan yang Aizzad berikan.“errr… Aizzad kita kan nak bincang ni. Kenapa nak kena keluar pulak?”,nisya sedikit hairan.“la.. kita nak pergi buat research la ni. Kalau kita stay saja kat sini. Mana nak dating idea kan? Betul tak Qis?”, jelas Aizzad.Nisya yang hairan tadi lantas mengangguk. Nisya risau kalau-kalau Aizzad akan buat benda yang bukan-bukan padanya. Maklumlah lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat kan. Mereka melangakah keluar dari perpustakaan. Banyak ekor-ekor mata yang memerhatikan mereka. Ada juga yang berbisik-bisik sesame mereka. Mana tidaknya, jarang sekali nak lihat Nisya berjalan berdua dengan lelaki. Nisya hanya menundukkan kepalanya. Ada rasa malu tercalit di hatinya. Sebaliknya Aizzad berjalan dengan penuh rasa bangga seperti seorang lelaki yang dapat berjalan bersama seorang ‘princess’.
Nisya hanya mengekori Aizzad. Mulutnya diam tanpa bicara. Dia masih lagi hairan dengan tindakan Aizzad.Langkah Aizzad berhenti di hadapan sebuah kereta Polo merah. Dia membuka pintu kereta untuk Nisya.“eh? Aizzad nak bawa saya pergi mana ni? Aizzad jangan nak pandai-pandai ya? NIsya tak mahu lah ikut Aizzad”,tegas Nisya.“la..takut sangat la Qis ni. Aizzad nak bawa Qis pergi tempat research kita lah”, jelas Aizzad lagi.“Dah cepat masuk”, pinta Aizzad.Nisya mula melangkah masuk ke dalam Polo merah milik Aizzad. Aizzad mula menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan kawasan kampus. Nisya tidak bercakap apa-apa pun. Aizzad tersenyum melihat air muka Nisya yang tampak risau dengan tindakannya.“Qis asal mana ya?”, Aizzad mula mengatur bicara.“ saya dari kecil sampai la sekarang memang duduk di Kuala Lumpur”, jawab Nisya ringkas.“oh..pure KL la ni. Mesti Qis ni ada mix orang putih kan? Tak Nampak sangat muka Melayu”, Aizzad berterus-terang.“ jauh lagi ke tempatnya Aizzad?”, Nisya mula mengubah topik perbualan mereka.“ehmm….tak jauh dah lagi 10 minit sampai la ni”, jawab Aizzad ringkas. Dia tahu Nisya tidak selesa bersamanya.

Kereta Aizzad mula memasuki perkarangan sebuah lading yang sangat luas. Mata Nisya sedikit terbeliak melihat sekeliling ladang itu. Aizzad mula mematikan enjin keretanya. Mereka sama-sama keluar dari kereta.“wow! Such a great view!”, Nisya bersuara.“so.. inilah tempat research kita. Lading orkid!”, jelas Aizzad.Aizzad tenang sekali melihat Nisya tersenyum tatkala mengamati pemandangan di ladang orkid itu.“banyaknya orkid kat sini? Colorful sangat-sangat! Mana Aizzad tahu tempat ni? Saya tak pernah tahu pun disebalik gunung ada ladang orkid ni”, Nisya begitu teruja.“ini lah tempat yang selalu Aizzad datang untuk tenangkan fikiran”, Aizzad tersenyum.“Aizzad, Jomlah la kita jalan kat sana tu”, pinta Nisya.“ ya! Jom Qis!”, balas Aizzad.Mereka mula memasuki kawasan ladang yang penuh dengan warna-warni bunga orkid.

****BERSAMBUNG****

No comments:

Post a Comment