PROFILE

Nama Anyss yang sebenarnya ialah Izyan Hanis.Umur Anyss baru sahaja mencecah 21 tahun. Anyss telah tamat dalam pengajian Diploma Sains (Biologi)Anyss adalah anak sulung kepada pasangan bahagia dari Selangor dan Kedah. Anyss  menetap di Banting Selangor. Dekat je dengan rumah anak-anak Sidek tu. Bila-bila senang jemputlah datang rumah ^_^.  Anyss minat sangat melukis dan menulis cerita. Walaupun tak berapa ada bakat sangat dalam melukis dan menulis tapi Anyss  buat jugak untuk mendapat kepuasan untuk diri sendiri. Cita-cita  Anyss  sebenarnya nak jadi wartawan. Tapi tak tahu lah macam mana boleh terjebak dalam dunia Sains ni. Tapi tak apalah sebab bukan senang nak cari ilmu lebih ni kan? Anyss  harap blog Anyss ni mendapat tempat kepada semua pembaca <3. Terima Kasih..