KU HADIAHKANMU (Episod Akhir)

"Ana..", lembut Syafirul memanggil Ana. Ana yang masih lemah masih mampu lagi untuk melemparkan senyuman sebagai tanda dia baik-baik sahaja. "Syaf...",tersekat-sekat suara Ana memanggil Syafirul. "Ana..tidurlah rehat ye", Syafirul membetulkan kedudukan bantal. Ana yang masih lemah terus memejamkan matanya.


************************************************************************

"Nasib baik Syaf tak ada apa-apa", risau Datin Samiha. "Syaf baik-baik sahaja lah mama. Mama janganlah risau", Syafirul memegang tangan ibunya itu. "Macam mana dengan penjahat tu?", tanya Dato' Iskandar. "Dia masih lagi berada di wad tidak sedarkan diri. Selepas ini, polis mungkin akan membuat soal siasat terhadap Ana selepas dia betul-betul sembuh", terang Syafirul. Dato' hanya mengangguk. "Ana, macam mana?", tanya Datin Samiha. "Alhamdulillah, nasib baik peluru tak terkena jantung Ana. Cuma bahagian bahunya saja yang luka", jelas Syafirul pada ibunya. "Baguslah kalau macam tu", ringkas saja jawab ibunya. "Mama boleh terima Ana?", tanya Syafirul lembut. Datin Samiha dan suaminya Dato' Iskandar saling berpandangan. Mereka hanya membisu."Tak apalah Syaf faham, mungkin mama dan papa masih berat hati untuk meyakini Ana", Syafirul seolah mengerti apa yang terbuku di hati kedua orang tuanya. "Mama, papa Syaf nak pergi hospital melawat Ana ya?", Syafirul meminta izin kedua ibubapanya. Dato' dan Datin hanya mengangguk tanda setuju.


"Ana, you okay ke?", tanya Maria. Ana hanya tersenyum. "Nasib baik lah you tak cedera parah, risau I", Maria memegang erat tangan Ana. "I okay je, mana you tahu I ada di hospital?", Ana sedikit hairan. "Ohh..malam tadi I telefon you tapi bukan ada orang lain yang angkat. Dia yang beritahu I yang you ada di hospital", jelas Maria. "Pasti saja Syafirul yang angkat telefon tu", getus hati Ana. "Ana? you termenung apa? Ingat boyfriend ya?", usik Maria. "Eh! Memandai je you ni!", muka Ana kemerah-merahan. "Eleh..macam lah I tak tahu kan?", usik Maria lagi.

"Assalamualikum?", Syafirul memberi salam sebaik sahaja dia sampai di depan pintu ruangan bilik sakit Ana. "Waalaikumsalam", jawab Ana dan Maria. "Ha! Panjang umur boyfriend Ana", tegur Maria. Merah muka Ana menahan malu gara-gara diusik Maria. "Syafirul right?", tegur Maria. "Oh..Maria yang telefon Ana malam tadi kan?", tanya Syafirul kembali. "Yeah! That's me", senyum Maria. "Ana I balik dulu tau, lagipun I kejap lagi I nak jumpa client I", Maria mencium dahi Ana. "Okay, Maria..datang lagi ya?", pinta Ana. Maria mengangguk lalu meninggalkan Ana dan Syafirul.

"Macam hari ni? Okay?", tanya Syafirul lalu duduk di sebelah Ana. "Okay, Syaf terima kasih sebab susah payah selamatkan I", air mata Ana mula mengalir. "Hey, kenapa menangis ni? Tak apalah sesiapa pun yang ada masa tu akan buat perkara yang sama kan?", pujuk Syafirul. "Tapi I dah banyak terhutang budi dengan you. Tuhan saja yang mampu membalas atas segala kebaikan you terhadap diri I", Ana masih lagi menitiskan air matanya. "Ana..dah lah jangan menangis macam ni lagi okay?", pujuk Syafirul lagi. "Syaf..terima kasih", Ana sekali lagi berterima kasih kepada Syafirul. Hanya itu sahaja yang Ana mampu ucapkan untuk membalas segala budi Syafirul ke atas dirinya.

******************************************************

"Mama, Papa ini Ana Arissa", Syafirul memperkenalkan Ana pada kedua orang tuanya. Pantas Ana menghulur tangan untuk bersalaman dengan Datin. Ana mengucup lembut tangan Datin Samiha. Kemudiannya Ana senyum sambil menunduk ke arah Dato' tanda hormat. "Ana, jemputlah duduk", pelawa Datin Samiha. Syafirul naik ke biliknya meninggalkan Ana dan kedua orang tuanya. "Datin dengan Dato' sihat?", Ana melemparkan senyuman. "Kami macam ni lah sihat orang tua", jawab Dato' sambil ketawa kecil. "Ana macam mana luka hari tu?", tanya Datin Samiha. "Alhamdulillah Datin, dah okay dah", Ana tidak putus melemparkan senyuman. "Dah berapa lama Ana kawan dengan Syaf?", Datin memulakan bicaranya. Ana tahu pasti sahaja kedua orang tua Syafirul akan bertanya banyak tentang latar belakangnya. Ana redha atas apa yang akan dia hadapi sebentar lagi. " Dah lama dah Datin. ada dalam setahun", jawab Ana ringkas. "Family Ana ada di mana?",tanya Datin lagi. Berat sungguh untuk Ana menjawab kerana dia terbayang dosanya terjadap kedua ibu bapanya. "Ayah dengan mak dah lama meninggal dunia dalam 5 tahun yang lepas", perlahan sahaja jawapan Ana. "Innalillah..",balas Datin dan Dato'. "Kira kamu ni sebatang kara?", tanya Dato'. Ana mengangguk. "Saya anak tunggal. Kebetulan juga arwah ayah pun tunggal. Jadi tidak ada ramai keluargalah. Mak pula datang dari Pattani. Saya pun tak pernah kenal dengan keluarga mak", Ana menceritakan perihal keluarganya. "Minta maaf lah kalau mak cik tanya", Datin serba salah. "Tak apa Datin, tanya sajalah", Ana memang telah bersedia untuk dihujani jutaan soalan. "Betul ke kamu dulu...",Datin tidak sampai hati untuk menghabiskan soalannya. Dato' hanya memandang ke arah isterinya. Ana tunduk. "Ya, Dato' Datin..apa yang Dato' dan Datin tahu tentang masa silam saya semuanya benar. Saya bukan perempuan yang baik. Tetapi saya bersyukur sangat sebab Allah masih berikan saya untuk saya bertaubat. Dato' dan Datin bertuah kerana ada anak seperti Syafirul. Syafirul banyak membantu saya", jawab Ana sayu. Datin tersentuh melihat pengakuan ikhlas Ana. Datin Samiha percaya yang Ana betul-betul telah ikhlas berubah. Dari mata Ana sahaja Datin begitu mengerti Ana seorang wanita yang tabah. Itulah naluri seorang ibu. "Ana, kami restu hubungan kamu dengan Syafirul", Datin memegang erat tangan Ana. Ana tersenyum namun dia tidak mampu menahan air matanya. "Terima kasih Dato' , Datin", Ana gembira sekali. Pada malam itu mereka makan malam bersama. Perlahan-lahan Datin dan Dato' mula menyukai sikap Ana yang pandai mengambil hati mereka.


*************************************************************************

Majils berjalan begitu lancar. Semua yang dirancang menjadi. Tetamu mula beransur-ansur pulang. Dato' dan Datin gembira sekali melihat satu-satunya anak tunggal mereka telah selamat diijabkabul. Syafirul mengucup lembut tangan Ana. Ana tersenyum.

"Ana, terima kasih sebab sudi jadi isteri I", Syafirul menyapa lembut pipi Ana. "Hmm..welcome, tapi you kena tunaikan janji you dulu. jangan buat-buat lupa?", Ana mencubit kecil hidung Syafirul. "Ohh..ya. Kejap I pergi ambil album", kata Syafirul sambil menuju ke almari biliknya. Lantas Syafirul mendekati Ana lalu membuka album tersebut satu persatu. "You ingat lagi tak gambar-gambar ni?", tanya Syafirul. "Eh! Ini gambar I masa tingkatan 1,,yang ni tingkatan 2..sebelah I ni siapa?",tanya Ana. "Sebelah you tu I lah", Syafirul cuba meyakinkan Ana. "Tapi macam mana boleh ada?", Ana sangat hairan. "You tak ingat ke kita dulu pernah masuk persembahan gurindam dan seloka masa Hari Anugerah Kecermelangan tahun 1999? Sejak tu lah I sukakan you sampai lah sekarang", jelas Syafirul.
Ana seolah-olah idak percaya. Begitu tingginya nilai kasih Syafirul terhadap dirinya. Ana mencapai tangan Syafirul lalu mengucupnya. Air matanya mengalir. "Terima kasih abang sebab sudi terima Ana",ucap Ana. Lantas Syafirul mengucup lembut dahi Ana. "Ana, dua minggu lagi kita pergi sini ya?", Syafirul menghulurkan sebuah sampul untuk Ana. ''Apa dia ni?", tanya Ana. "Bukalah dulu", pinta Syafirul. "Ya Allah...abang! Terima kasih sangat. Tiada hadiah yang lebih bermakna dalam hidup Ana selain dapat menunaikan umrah bersama-sama abang", Ana terus memeluk erat suaminya.


**********************************************TAMAT*****************************************

KU HADIAHKANMU (Ep.10)

Ana berlari mendapatkan Syafirul. Syafirul masih lagi terbaring menahan kesakitan setelah ditendang oleh lelaki serba hitam sebentar tadi. Ana membantu Syafirul untuk bangun. Syafirul bangun dan menuju ke kerusi lepak di laman rumah dengan dibantu oleh Ana. "Apa dah jadi ni Syaf?", Ana panik. "I yang nak tanya you. You ada rahsia apa-apa dari I ke sebelum ni?", tanya Syafirul kembali. Ana tunduk dan membisu. "You,you sedar tak ada orang nak bunuh you?", tanya Syafirul sedikit memaksa. "Nasib baik I sampai awal! Kalau tak...?",tengking Syafirul. Ana masih lagi membisu. Kelihatan ada butiran jernih air mata yang keluar dari kelopak mata Ana. "Okay, I'm so sorry. I tak sepatutnya marah kan you. I just worry about you, Ana", Syafirul kesal atas tindakannya memarahi Ana sebentar tadi. "Tak apa,thanks sebab selamatkan nyawa I.Kalau you tak ada tadi mesti I dah ..". Tak sempat Ana menghabiskan ayatnya Syafirul bersuara, "Please tell me what's going on? Kenapa lelaki tu nak bunuh you?". Pada malam itu, Ana terpaksa menceritakan semua yang terjadi. Walaupun tidak sedikit pun terlintas di hatinya untuk menceritakan perkara tersebut kepada Syafirul. Namun, Ana tiada pilihan.


*******************************************************************************

"Ana!". Ana yang sedang khusyuk melihat skrin komputer ribanya sedikit terkejut. "Encik Syafirul, ada apa?", tanya Ana. "Masuk bilik saya kejap", tegas Syafirul. Ana bergegas ke mengekori Syafirul ke bilik majikannya itu. "Duduk Ana", arah Syafirul. "Ada apa you nak jumpa I", tanya Ana. "You pergi kerja naik apa?",tanya Syafirul. "I naik cab", jawab Ana ringkas. "Kereta you mana?",tanya Syafirul lagi. " I dah pulang balik kereta I pada kawan I tu", jawab Ana dengan nada yang perlahan. "Oh baguslah. Ana mulai hari ni I yang akan ambil dan hantar you. Kalau you nak pergi mana-mana bagi tahu I, biar I saja yang hantar", kata Syafirul sambil memerhatikan Ana. "Eh! Tapi..". " No excuses!", sampuk Syafirul. "Lagipun you dalam bahaya. I tak nak apa-apa yang tak elok jadi pada you",Syafirul berterus-terang.
"I dah banyak susahkan you Syaf",Ana segan sekali dengan Syafirul yang tidak putus-putus memberi bantuan. "Tak ada apalah..nanti kita pergi buat laporan polis okey?", tanya Syafirul yang menunggu persetujuan Ana. "Okey!",jawab Ana lalu bangun meninggalkan ruangan kerja majikannya itu.

************************************************************************

"Kurang ajar! Kau nak tunjuk hero ye! Kau ingat kau boleh halang aku daripada musnahkan perempuan sial tu!",Fuad masih lagi belum habis melepaskan geramnya gara-gara rancangannya untuk membakar rumah Ana gagal. "Kali ni kau takkan boleh terlepas Ana!", jerit Fuad.
**************************************************************************

"Allah..!", Syafirul bersuara. "Kenapa Syaf?", tegur Ana kehairanan. "I terlupa nak ambil handphone I atas meja. You ambil kunci kereta I, start enjin tunggu I dalam kereta okay?", pinta Syafirul.Ana mengangguk lalu tersenyum tanda setuju. Sedang Syafirul berjalan ingin ke pejabatnya semula seorang lelaki serba hitam melintasi dia. Jantung Syafirul berdebar-debar. Dia tidak sedap hati. Syafirul menoleh ke belakang semula mencari kelibat Ana dan lelaki serba hitam tersebut. Tiba-tiba Syafirul ternampak lelaki serba hitam sedang mengacukan pistol di sebalik kereta ke arah Ana. Syafirul bergegas  untuk menghalang lelaki tersebut. Syafirul berlari selaju yang dia mampu. Dia begitu bimbangkan keselamatan Ana. 
"Boom!" Dalam beberapa saat sahaja Ana yang sedang cuba membuka kunci kereta rebah ke bumi. "Ana!", jerit Syafirul. Lelaki serba hitam itu cuba melarikan diri setelah tersedar dirinya dilihat Syafirul. Syafirul tidak akan melepaskan lelaki tersebut. Syafirul megejar pembunuh itu lalu mereka bergelut dan se das tembakan sekali lagi berbunyi.


Bersambung...

KU HADIAHKANMU (Ep.9)

"Mama menyesal dengan Syaf!",marah Datin Samiha. "Kenapa ni mama? Syaf baru je balik kerja ni. Tiba-tiba tak ada ribut tak ada taufan mama nak marah Syaf kenapa?", Syafirul yang baru memasuki pintu rumah terus sahaja mendekati ibunya. Dato' hanya mendiamkan diri. "Syaf, jangan ingat mama tak tahu apa yang Syaf buat kat luar sana!", marah Datin lagi. "Apa ni mama? Syaf buat apa mama?", Syafirul sedikit kebingungan. "Kenapa Syaf berkawan dengan pelacur? Apa dah tak ada perempuan lain lagi ke yang Syaf nak kawan?", tanya ibu kepada Syafirul. "Hmm..ni pasal Ana la ni?", Syafirul sedikit hampa. "Ohh..Ana nama perempuan tu? Syaf nak lukakan ati mama gara-gara perempuan tu ke?", mama Syafirul memegang erat tangan anaknya. "Mama..Papa..bukan niat Syaf nak lukakan hati mama dan papa. Please bagi Syafirul peluang. Ana bukan seperti yang mama sangka. Ya! Syafirul mengaku dia memang pernah...tapi tu dulu mama. Ana dah tak macam tu lagi", jelas Syafirul panjang lebar. "Kenapalah Syaf ni? Tak pernah dalam keturunan kita jadi macam ni tahu tak? Syafirul nak mama dan papa malu ke?", rayu Datin Samiha. "Papa tak mahu Syaf menyesal di kemudian hari", sambung Dato' Iskandar lagi. "Mama.. Papa..Syaf akui mama dan papa dah beri pendidikan agama yang cukup pada Syaf. Tapi kali ini tolonglah beri Syaf peluang untuk buktikan yang Ana bukan macam dulu. Dia dah berubah. Please mama...papa?", Syafirul memegang tangan ibunya lalu megucup lembut tangannya tanda dia ingin memohon restu daripada ibunya. Dato' Iskandar memegang erat bahu anaknya itu.


*****************************************************************
Pagi itu Syafirul masuk lewat ke pejabat. Kebetulan dia ada urusan dengan pihak bank di luar. Ana dan rakan sepejabatnya Lisa berbual-bual di bilik pantri. "Ana, awak cantik sangat hari ni!", Lisa memuji Ana. "Eh,mana ada saya macam selalu je la", Ana merendah diri. "Selalu memang awak cantik, tapi hari ni lagi cantik", puji Lisa lagi. Ana hanya tersenyum. "Saya rasa mesti Encik Syafirul lagi sayang kat awak tau!", usik Lisa. "Eh, awak ni ke situ pulak", Ana mencubit bahu Lisa. "Eh, sakitlah! Ana!". "Ha, tau pun sakit, jangan nak menandai-mandai ye?", tegur Ana. "Ehem..apa yang seronok sangat ni?", tiba-tiba Syafirul berdiri di pintu bilik rehat. Syafirul terpana dengan apa yang dilihat di hadapannya itu. "Err..Ana saya nak sambung kerja lagi ye?", senyum Lisa. "Okay", jawab Ana ringkas. Syafirul mendekati Ana. "Lambat you masuk pejabat hari ni?", tanya Ana selamba. Syafirul hanya tersenyum. Dia hanya memandang ke arah Ana. "Eh..orang tanya diam pulak? Syafirul you okay tak ni?", tanya Ana lagi. "Ana..you look so beautiful!", puji Syafirul lagi. "Hmm ni lagi sorang? Mana ada...memandai je you ni!", jawab Ana. "You nampak cantik sangat bila you bertudung", puji Syafirul lagi. "Dah dah dah! I nak sambung kerja lagi", Ana meninggalkan bilik rehat sambil tersenyum. "Terima kasih Ya Allah kerana makbulkan doaku", getus hati Syafirul.

****************************************************************************

"I really don't believe it Ana! You dah berubah?", Maria begitu terkejut. "Hey..I dah ada depan you ni kan? Tak kan you tak percaya lagi?", tanya Ana lagi. Maria masih lagi tidak percaya kawan baiknya itu telah jauh berubah. "You ni berlakon je kan? Sebab tak nak orang kenal you? Macam I tak kenal you", tanya Maria lagi. "Hmm I tahu..you mesti akan cakap macam tu, tapi I ikhlas untuk berubah. Tuhan temukan I dengan seseorang yang benar-benar ikhlas nak tolong I", jelas Ana. "Hmm..whatever lah yang penting you happy kan sekarang?", Maria memegang tangan Ana. "Yes I am. I lebih happy dan tenang dari dulu", Ana tersenyum."Baguslah kalau macam tu. You cakap tadi ada perkara nak bagi tahu I,apa dia Ana?", tanya Maria. "You ingat tak lelaki nama Fuad Naziman?", tanya Ana. Maria terdiam seketika. Dia cuba mengingati nama tersebut. "Fuad Naziman? Hmmm.. Fuad businessman yang terkenal 5 tahun yang lalu tu kan? Kenapa dengan dia?", tanya Maria kebingungan. "Dia ugut nak bunuh I", jelas Ana. "What?!", Maria begitu terkejut. "Please Maria tolong jangan beritahu sesiapa", rayu Ana pada Maria. "Tapi kenapa? Kenapa nak bunuh you?", tanya Maria lagi. "I rasa dia nak balas dendam lah", agak Ana. "Balas dendam sebab you pernah kerjasama dengan isteri dia untuk dapatkan harta dia?", Maria cuba untuk mencari motif Fuad untuk membunuh Ana. "Ya..mungkin tapi I tak buat apa pun. Shima upah I untuk bermalam dengan Fuad untuk 2 malam saja. Itu pun sebab dia nak uruskan dokumen-dokumen harta Fuad. Selepas malam tu I dengar cerita Fuad masuk penjara kerana salah guna wang syarikat. Isteri dia yang bongkarkan aktiviti dia gara-gara nak bolot semua harta dia", jelas Ana. "Ya Ana. itu I tahu. You dah terangkan dekat I dulu. Tapi kenapa dia tak bunuh saja isteri dia? Kenapa dia nak bunuh you?", Maria masih lagi bingung memikirkan perkara tersebut. "Mungkin sebab dulu I yang pujuk dia untuk bermalam dengan I. Kalau tak mesti semua ni tak akan terjadi. Mesti Shima tak dapat nak tukar nama perwaris harta semua tu pada malam tu", Ana menyalahkan dirinya. "Hmm mungkin jugak. Habis tu you nak buat apa sekarang? You dah buat report polis?", tanya Maria. "Belum lagi. You rasa I patut buat report ke?", Ana memerlukan kepastian dari Maria. "Of course..you kena buat Ana. Lagipun you tak buat sala apapun selain you hanya diupah Shima untuk bermalam dengan suami dia saja. You tak salah. Trust me!", Maria cuba memberi semangat untuk Ana. "Ana, lagi cepat you buat lagi cepat masalah ni selesai. Sampai bila you nak terus hidup dengan ketakutan?", sambung Maria lagi. Ana terus memeluk Maria.

***************************************************************************

Pada malam itu, Syafirul baru sahaja pulang daripada rumah pakciknya di Sungai Buloh. Semasa dalam perjalanan pulang dia singgah di sebuah restoran untuk membeli makanan untuk dibawa pulang. Kebetulan saja mama dan papanya pergi bercuti ke Scottland selama seminggu. Jadi pasti sahaja di rumahnya tidak ada makanan. Mak cik Esah pembantu rumahnya juga diberi cuti. Syafirul turut memesan makanan untuk Ana. Entah kenapa bibit-bibit rindu bertaut dihatinya. "Jumpa sekejap pun jadilah", Syafirul bercakap sendirian.
Syafirul cuba menghubungi Ana mana tahu saja Ana belum tidur lagi.

Syafirul :          Hello Assalamualaikum Ana?
Ana      :           Waalaikumsalam Syaf? Ada apa?
Syafirul :          You tak tidur lagi ke?
Ana      :           Alah malam minggu macam ni I memang lewat sikit tidur.
Syafirul :          Dalam setengah jam lagi I sampai rumah you. I keluar tadi singgah beli
                       makanan jap. I pesan untuk you sekali.
Ana      :           La yeke? Baiknya. Okay. Nanti dah sampai you call lah I balik.
Syafirul :          Okay..bye. 
Ana      :           Bye.

Sebaik sahaja Syafirul memasuki kawasan taman perumahan dia mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Ana. Dari jauh Syafirul ternampak kelibat seorang lelaki di hadapan rumah Ana. Syafirul memberhentikan keretanya. Dia cuba untuk mengintip perbuatan lelaki tersebut. Ternyata lelaki tersebut cuba untuk membakar rumah Ana. Lelaki itu sedang mencurah-curahkan minyak dihadapan pintu rumah Ana. Tanpa membuang masa Syafirul terus menuju ke arah lelaki tersebut. "Hoi!", jerit Syafirul. Lelaki yang bertopeng serba hitam itu terkejut lalu melepaskan tong minyak yang dipegangnya. Ana yang sedang khusyuk menonton televisyen terkejut apabila terdengar bunyi bising di luar. "Kau nak bunuh Ana ke?!", jerit Syafirul sambil mencengkap erat baju lelaki tersebut. Syafirul cuba untuk membuka topengnya. Belum sempat Syafirul berbuat demikian, lelaki tersebut telah pun menendang Syafirul. Syafirul tersembam ke tanah. Lelaki tersebut melarikan diri. Ana bergegas membuka pintu. " Ya Allah! Syaf!", jerit Ana.


Bersambung...

KU HADIAHKANMU (Ep.8)

"Ana, ini Dania, bekas PA saya," Syafirul memperkenalkan Ana pada Dania. "Selamat datang Cik Ana",ucap Dania sambil menghulurkan tangannya. Mereka berdua bersalaman sambil tersenyum antara satu sama lain. "Terima kasih", balas Ana. "Dania, macam yang telah saya pesan, tolong ajar Ana tentang semua benda yang patut dia tahu tentang kerja dia sebagai seorang PA saya, okay?",arah Syafirul. "Beres bos!", jawab Dania ringkas. "Cik Ana, mari saya tunjukkan bilik Cik Ana", sambung Dania lagi. "Err..panggil saya Ana saja ye? Tak payah lah Cik Cik ni, saya tak biasa lah", jelas Ana sambil menguntumkan senyuman. 

***********************************************************************************

"Kau ingat kau boleh bahagia ke Ana? Aku tak kan pernah bagi kau rasa setitis pun bahagia setelah kau musnahkan hidup aku!", kata Fuad sambil menhunuskan pisau ke arah gambar Ana. "Kau akan mati Ana! Kau akan mati!", jerit Fuad.

***********************************************************************************

"So,macam mana kerja okay?", tanya Syafirul. "Okay je", jawab Ana ringkas. "Ermm kenapa ni Ana? You ada masalah ke? Masalah kerja? Sejak 2 bulan you kerja dengan I, You dah tak macam dulu, apa sebenarnya yang berlaku?", Syafirul benar-benar ingin mendapatkan kepastian. Syafirul yakin ada sesuatu yang Ana sedang sembunyikan dari pengetahuaanya. Dia ingin sekali melihat orang yang dia sayang sentiasa tersenyum buakn seperti sekarang. Ana hanya mengeluh. "You, rasa dipaksa ke bila I nak you ikut cakap I?", tanya Syafirul lagi.
"Bukan macam tu Syaf. I rasa terhutang budi sangat dengan you. You banyak sedarkan I tentang kehidupan. Kalau kita tak berjumpa mesti I tetap buat kerja-kerja I yang kotor tu. Sekarang ni I rasa lebih tenang. Walaupun maruah I dah habis tergadai. I redha dan berharap sangat tuhan dapat ampunkan dosa-dosa I", jelas Ana dengan nada yang perlahan. Suasana begitu sayu. Jauh di sudut hati Syafirul dia berasa gembira setelah mendengar pengakuan Ana yang cukup ikhlas bagi dirinya. "Ana, semua orang melakukan kesalahan. Pada I you berhak diberi peluang untuk mengubah cara hidup you ke arah yang lebih baik", Syafirul cuba memberi secebis kekuatan untuk Ana. "Tapi..I rasa hidup I dah tak lama", berderai air mata Ana. Ana tidak mahu menceritakan apa yang sedang menggangu hidupnya. Sudah tiga ugutan bunuh dia terima daripada orang yang tidak pernah dia kenal. "Kenapa you cakap macam tu? You sakit ke? Please tell me Ana", rayu Syafirul. Ana mengesat air matanya. Dia tersenyum. "Tak ada apalah Syaf. I cuma suka fikir bukan-bukan kot", Ana cuba menyembunyikan perasaan resah yang sedang dia alami itu. "Are you serious? Please tell me if something keep bothering you, Insyaallah I tolong", tanya Syafirul lagi. "I'm okay. Don't worry. Jom lah balik. Saya dah penat ni", ajak Ana. "Okay,jom!", jawab Syafirul ringkas.

****************************************************************************

Ana baru sahaja selesai solat isyak. Dia masih lagi duduk di atas sejadah. Matanya masih memandang ke arah sampul-sampul yang penuh dengan ugutan bunuh terhadap dirinya. Butiran jernih air mata Ana satu-satu jatuh ke atas kain telekungnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

Ana : Assalamualaikum, nak cakap dengan siapa?
Suara : Hahahahaha, kau kenal aku Ana?
Ana : Siapa ni?
Suara : Cukup mudah kau lupakan aku? Aku tak pernah lupakan kau Ana! Hahahaha!
Ana : Siapa kau?! Apa kau nak hah?!
Suara : Aku mahukan kau mati! Mati Ana! Hahahaha!!
Ana : Kenapa kau nak bunuh aku?!! 
Suara : Kau kenal Fuad?
Ana : Fuad? Hello? Hello?

Ana terduduk. Ana menangis tersedu-sedu. "Siapa Fuad?", monolog Ana. Ana cuba untuk ingat kembali apa-apa sahaja tentang Fuad. Ana nampak sedikit tertekan. Tiba-tiba..
"Fuad Naziman!", jerit Ana.


Bersambung...

KU HADIAHKANMU (Ep.7)

Jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang. Ana sudah pun bersiap-siap. Dia menunggu Syafirul di hadapan rumahnya takut-takut Syafirul akan sampai lebih awal. Lelaki yang penuh dengan kejutan itulah Syafirul. Tepat jangkaan Ana bahawa Syafirul akan sampai lebih awal. Ana keluar dari rumah dan menuju ke arah kereta Syafirul. "Hye Ana!", tegur Syafirul sebaik sahaja cermin tingkap keretanya diturunkan. Ana tersenyum lalu membalas teguran Syafirul."Hye". Sebaik sahaja Ana melabuhkan punggungnya di dalam kereta Ana bertanya kepada Syafirul, "Kita nak pergi mana ni?". "Okay,firstly really sorry coz I did'nt tell u early. Hari ni I nak bawa you pergi shopping", jelas Syafirul. "What? Untuk apa? I boleh pergi sendiri lah", balas Ana. Syafirul hanya tersenyum. "Yelah selalunya you pergi sorang kan? Hari ini you pergi dengan I. I belanja you. Suka tak?",tanya Syafirul. "Well..perempuan mana tak suka shopping kan? Tapi kenapa tiba-tiba je ni?", tanya Ana kembali. "Hmm..Hai Cik Ana kita hari ni banyak tanya pulak kan?", Syafirul ketawa kecil lalu menyambung, "You dah lupa ke esok you akan mula bekerja di syarikat I?",tanya Syafirul. "Ohh? I ingat you lupa or you main-main saja",balas Ana. "No, I serius la. So, hari ni kita akan shopping baju kerja you. You kan akan jadi personal assistant I kan? Jadi I nak you nampak cantik sepanjang you kerja dengan I nanti", jelas Syafirul. Ana terdiam seketika. Dia memandang ke luar tingkap seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang akan dia alami nanti. "Ana. Ana..You okay tak? Termenung apa?", tanya Syafirul. "Hmm..kenapa you buat semua ini untuk I?", tanya Ana. Syafirul hanya tersenyum. " I hargai sangat. Tapi I tak nak terhutang budi dengan you. I takut.", sambung Ana lagi. " You takut apa? Takut kalau-kalau I berniat buruk dengan you? Macam tu ke?",tanya Syafirul dengan nada yang sedikit kecewa. Ana hanya tertunduk. "You, I faham perasaan you. You kena percaya dekat I yang I sedikit pun tak ada niat buruk pada you. I hanya berniat untuk tolong you", jelas Syafirul. " Tapi kenapa I?", Ana seperti tidak berpuas hati. "Mungkin telah ditakdirkan", jawab Syafirul ringkas. Masing-masing terdiam. Syafirul hanya menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Ana hanya melihat keluar tingkap. Mereka telah sampai di kawasan tempat letak kereta Pavilion. "Ana, happy la sikit. Kita nak shopping ni kan?", tegur Syafirul. Ana hanya mampu tersemyum.


Syafirul tidak jemu memberi komen di setiap penampilan dan gaya Ana semasa mencuba baju di setiap kedai. Mereka tampak bahagia. Gelak-tawa Ana membuat hati Syafirul bahagia. "You..dah lah tu dah banyak you belikan I ni. I kerja belum tentu bagus lagi tau", Ana bersuara. "Serius cukup? I ingat I nak bawa you pergi beli handbag kat sana tu. Alah Ana jangan risau, kerja you nanti akan ada orang yang akan bantu you. Lama-lama nanti you expert lah okay", jelas Syafirul sambil tersenyum. "Hmm Okay. Tapi you kena janji dengan I yang you akan ikut I shopping selepas gaji pertama I. I nak belanja you shopping pulak. Okay?", pinta Ana. "Eh..macam tu pulak? Tak nak lah", balas Syafirul. " Kalau tak nak, I pun tak nak lah kerja di tempat you tu", ugut Ana. "Eh...Cik Ana kita ni  dah pandai nak ugut kita pulak ye?", Syafirul ketawa kecil lalu berkata, " Ye lah Ana, I setuju", kata Syafirul lagi. " You, jom makan. I belanja", ajak Ana. "You nak belanja I ke? Serius?", usik Syafirul. " Ye lah, serius lah ni, jomlah makan kat sana tu", pinta Ana lagi. "Okay okay",Syafirul hanya tersenyum melihat gelagat Ana.


**********************************************************************

" Yo! Kau lambat 15minit!" tegur Fariz. "Sorry lah Fariz. Aku tertidur tadi", jelas Syafirul.
"Kau pergi mana sampai penat macam ni? Bukan Bos kerja lepak dalam office je ke? Hahahaha!", perli Fariz. "Hmm..nanti aku cerita. Aku order makanan dulu", jelas Syafirul. Fariz hanya mengangguk.

Sementara itu, di rumah, Ana hanya berbaring di atas katilnya. Dia mengurut-urut kakinya. "Lama sangat aku tak shopping ni", Ana bercakap sendirian. Dia bangun dan mencapai semua baju-baju yang dibeli oleh Syafirul siang tadi. Ana membelek baju tersebut satu-persatu sambil tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Ana : Hello, Syafirul.
Syafirul  : Ye Ana. You tak pergi tempat tu lagi kan?
Ana : Tempat apa?
Syafirul : Tempat kerja you yang dulu lah.
Ana : Buat masa ni tak, nanti kalau I free I pergi lah. Kenapa?
Syafirul : You tak payah lah pergi tempat tu lagi okay! I cakap jangan, jangan tau.
Ana : Errr..ha yelah Mr. Syafirul.
Syafirul : Okay, esok pukul 7.30 I jemput you di rumah.
Ana : Eh, tak apa lah you. I boleh pergi sendiri.
Syafirul : 7.30 okay! Don't be late. This is your first time.
Ana : Hmm..okay okay.
Syafirul : Okay, good. Bye. Sleep tight.
Ana : Okay, bye.

"Woo..Cop! Ana? Siapakah?", tanya Fariz teruja. " Itu yang aku nak cerita pasal dia kat kau malam ni",jelas Syafirul. Fariz begitu teruja. Syafirul menceritakan semua yang dia tahu tentang Ana. Bukan Syafirul hendak membuka aib Ana tentang pekerjaan lalunya, tetapi dia hanya perlukan nasihat dan sokangan atas semua tindakannya terhadap Ana. Fariz hanya mendengar tanpa menyampuk sedikit pun apa yang sedang Syafirul ceritakan padanya.

Ana keluar dari rumahnya untuk membawa masuk kasut tumit tingginya ke dalam rumah. Dia takut kalau-kalau hujan turun pada malam ini. Tiba-tiba Ana terlihat satu sampul hitam terselit di pintu pagar rumahnya. Ana membuka sampul tersebut.

KAU CURANG! KAU AKAN MATI ANA!

Ana terkejut lalu menangis. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumahnya. Takut kalau-kalau dia benar-benar akan dibunuh pada malam itu. Ana mengunci semua pintu rumahnya dan berlari ke bilik. Dia amat takut. Dia buntu.

"Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni Fariz?", tanya Syafirul. "Aku bangga jadi kawan kau Syaf. Aku tak sangka kau nak tolong Ana sampai macam tu sekali", jelas Fariz. "Dia cinta pertama aku", tambah Syafirul lagi. "What? She is your first love? Since when?",tanya Fariz. "Sejak aku sekolah menengah lagi. Tapi masa tu Ana memang tak kenal aku", tambah Syafirul. "Kalau dia first love kau, kenapa kau tak cari dia dari dulu? Aku tengok kau happy je dengan kekasih kau yang lain?", tanya Fariz lagi. "Aku dah cari dia dah 2 tahun sampai la aku putus asa baru aku buka hati aku untuk perempuan lain. Tapi semuanya terkandas. Sampai lah aku terjumpa dengan dia di kelab malam tu sebulan yang lepas", terang Syafirul panjang lebar. "Hmmm..aku sokong kau. Niat kau tu baik untuk bawa die ke jalan yang elok. Tapi kau kena terima semua ujian yang kau bakal hadapi. Kau pun tahu Ana tu siapa kan? Mana tahu ada orang berniat tak elok dekat dia mahupun kau yang dah mula rapat dengan dia", nasihat Fariz. "Ye, terima kasih lah Fariz sebab luangkan masa", ucap Syafirul sambil memegang bahu Fariz. "Alah, relax lah, tak ada hal lah", kata Fariz. Mereka sambung berbual-bual tentang diri masing-masing.



Bersambung...