Aku Punya Dia (ep.1)

Dari tengahari tadi hujan tidak berhenti-henti mencurah ke bumi. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 3.30 petang. Ramai pelajar yang membanjiri perkarangan perpustakaan untuk berteduh seketika. “Adoi,baju kat ampaian tak angkat lagi ni..”, Nisya merungut.“Alah, relax la Sha..nanti kau tak payah angkat baju kau tu. Biar je baju tu kering sendiri. Esok baru kau angkat..hehehe..”, Atika melawak.“Banyak lah kau. Kau tu memang..aku tak naklah buat macam tu. Baju-baju aku tu mahal okay!”, balas Nisya.Danisya Qistina atau lebih dikenali sebagai Nisya adalah salah seorang pelajar yang  ‘hot’ di kampusnya. Mana tidaknya, kecantikan yang dia miliki memang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana siswi di situ. Kalau hendak diceritakan sejarah keturunannya memang agak ‘complicated’. Ayahnya saja berketurunan Pakistan-Belanda. Ibunya pula Melayu-Cina. Sudah semestinya Nisya cantik orangnya. Perwatakan Nisya sentiasa bersahaja. Kata orang, kalau setakat nak ‘control’ cun tu memang tidaklah. Nisya ‘slumber’ saja orangnya. Oleh sebab itulah ramai yang menyenanginya. Kalau nak tahu, Nisya juga merupakan pelajar yang agak cemerlang. Bak kata orang, Danisya Qistina ni memang cukup pakejnya.

****************************************

“Assalamualaikum….aku dah  balik!”, Nisya sedikit menjerit.“Waalaikumsalam…ya tahu dah. Kalau suara sengau-sengau sikit tu memang kau lah. Tak adanya orang lain..”, Shasha melawak.“Amboi amboi! Sedap sangat ke suara awak tu Nur Shasha Elyana?”, balas Nisya.“Owh, hello? Jangan nak cabar pemenang Talentime ni okay?”, Shasha mula megatur bicara ingin mengenakan kawan baiknya itu.“Whatever Shasha. Aku malas nak gaduh dengan kau. Aku nak mandi ni. Kau siap-siap la. Nanti kita keluar makan okay!”, tegas Nisya.“Okay BOSS!”, jawab Shasha sambil tabik hormat ke arah Nisya.Mereka memang berkawan baik sejak mereka mula-mula mendaftarkan diri di kampus itu.

“Nisya…tengok tu kat sana!”, pinta Shasha.“Eh! Apa dia kau ni. Ada-ada saja. Aku nak makan pun tak senang tau”, balas Nisya.“ Wei Nisya..aku tengok mamat yang pakai baju ‘merah mak ngah’ tu asyik usha kau je dari tadi. Tak berkedip-kedip mata dia tau”, kata Shasa.“Alah biarlah dia tu. Malas aku nak layan. Sekarang ni kita makan cepat-cepat. Then, kita balik rumah. Assignment banyak nak buat ni. Dah cepat makan”, tegas Nisha.“Kau ni aku tak faham lah. Ramai kot laki yang nak tackle kau. Tapi kau buat dek je. Kau ni jual mahal sangat la. Nanti jadi andartu baru tahu. Padan muka kau!”, bicara Shasha.“Kalau kau nak, kau ambil la semua okay! Aku tak nak lah. Semuanya bukan taste aku okay. Bukan jual mahal tau, tapi tak jumpa lagi yang betul-betul boleh mencuri hati aku ni”, Nisha tersenyum.“Amboi, romantik la tu konon? Okay Princess Danisya. You dah passing kat I la kan?”, tanya Shasha.“Ya, ambil semua okay. Suka sangat la tu kan”,Nisha tergelak kecil melayan kerenah ‘bestfriend’nya itu.
“I will paste name of your partner work in front of my room by this afternoon. The topic for your assignment you can decide with your partner. This assignment due on 14th of April, two weeks from now. Make sure that all of you pass up it on time. Clear?”, tegas Professor Shazlin.“Clear..prof”.

******************************************
“Nisha, kau tahu tak partner kau tu siapa?”, tanya Atika.“Tahu. Aizzad Immran”, jawab Nisha ringkas.“Eh? Kau ni memang cool je kan. Aku memang tak faham. Kau tak ingat ke dialah mamat yang suka gila usha kau tu?”, Tanya Shasha lagi.“Ehmm.. I think he’s not staring at me.. But he’s staring at you”, balas Nisha sambil mencebik muka ke arah Atika.“ Nisya, aku rasa lah si Shasha pun boleh perasan tau yang si Aizzad tu minat kau!”,jelas Atika.“So? Kau nak aku buat apa? Pergi layan mamat tu? Menggedik-gedik kat dia ke Atika oiii..”, balas Nisya lagi.“EISSH! Kau ni kan buat penat je tau cakap dengan kau ni! Dah lah jom lah balik!”, Atika merajuk.Nisya tertawa melihat gelagat teman rapatnya yang selalu saja ingin menjodohkan dia dengan mana-mana lelaki di kampusnya itu. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan fakulti. Tiba-tiba seorang lelaki menyapa bahu Nisya dari belakang.“Excuse me, you are Danisya Qistina right?”“Waalaikumsalam, ya saya Danisya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”, Tanya Nisha kepada lelaki tadi.Atika mencubit lengan Nisha seolah-olah Nisya melakukan kesilapan.Lelaki tadi tunduk malu sambil megurut-ngurut lehernya..“Assalamualaikum. Saya Aizzad Immran. Assignment partner awak”, jelas Aizzad.“Waalaikumsalam. Oh Aizzad. Ok.”, balas Nisya ringkas.“Kalau boleh, saya nak minta phone number awak. Nanti senang la kita nak buat assignment tu nanti”, jelas Aizzad.

***BERSAMBUNG***

No comments:

Post a Comment