KU HADIAHKANMU (Ep.9)

"Mama menyesal dengan Syaf!",marah Datin Samiha. "Kenapa ni mama? Syaf baru je balik kerja ni. Tiba-tiba tak ada ribut tak ada taufan mama nak marah Syaf kenapa?", Syafirul yang baru memasuki pintu rumah terus sahaja mendekati ibunya. Dato' hanya mendiamkan diri. "Syaf, jangan ingat mama tak tahu apa yang Syaf buat kat luar sana!", marah Datin lagi. "Apa ni mama? Syaf buat apa mama?", Syafirul sedikit kebingungan. "Kenapa Syaf berkawan dengan pelacur? Apa dah tak ada perempuan lain lagi ke yang Syaf nak kawan?", tanya ibu kepada Syafirul. "Hmm..ni pasal Ana la ni?", Syafirul sedikit hampa. "Ohh..Ana nama perempuan tu? Syaf nak lukakan ati mama gara-gara perempuan tu ke?", mama Syafirul memegang erat tangan anaknya. "Mama..Papa..bukan niat Syaf nak lukakan hati mama dan papa. Please bagi Syafirul peluang. Ana bukan seperti yang mama sangka. Ya! Syafirul mengaku dia memang pernah...tapi tu dulu mama. Ana dah tak macam tu lagi", jelas Syafirul panjang lebar. "Kenapalah Syaf ni? Tak pernah dalam keturunan kita jadi macam ni tahu tak? Syafirul nak mama dan papa malu ke?", rayu Datin Samiha. "Papa tak mahu Syaf menyesal di kemudian hari", sambung Dato' Iskandar lagi. "Mama.. Papa..Syaf akui mama dan papa dah beri pendidikan agama yang cukup pada Syaf. Tapi kali ini tolonglah beri Syaf peluang untuk buktikan yang Ana bukan macam dulu. Dia dah berubah. Please mama...papa?", Syafirul memegang tangan ibunya lalu megucup lembut tangannya tanda dia ingin memohon restu daripada ibunya. Dato' Iskandar memegang erat bahu anaknya itu.


*****************************************************************
Pagi itu Syafirul masuk lewat ke pejabat. Kebetulan dia ada urusan dengan pihak bank di luar. Ana dan rakan sepejabatnya Lisa berbual-bual di bilik pantri. "Ana, awak cantik sangat hari ni!", Lisa memuji Ana. "Eh,mana ada saya macam selalu je la", Ana merendah diri. "Selalu memang awak cantik, tapi hari ni lagi cantik", puji Lisa lagi. Ana hanya tersenyum. "Saya rasa mesti Encik Syafirul lagi sayang kat awak tau!", usik Lisa. "Eh, awak ni ke situ pulak", Ana mencubit bahu Lisa. "Eh, sakitlah! Ana!". "Ha, tau pun sakit, jangan nak menandai-mandai ye?", tegur Ana. "Ehem..apa yang seronok sangat ni?", tiba-tiba Syafirul berdiri di pintu bilik rehat. Syafirul terpana dengan apa yang dilihat di hadapannya itu. "Err..Ana saya nak sambung kerja lagi ye?", senyum Lisa. "Okay", jawab Ana ringkas. Syafirul mendekati Ana. "Lambat you masuk pejabat hari ni?", tanya Ana selamba. Syafirul hanya tersenyum. Dia hanya memandang ke arah Ana. "Eh..orang tanya diam pulak? Syafirul you okay tak ni?", tanya Ana lagi. "Ana..you look so beautiful!", puji Syafirul lagi. "Hmm ni lagi sorang? Mana ada...memandai je you ni!", jawab Ana. "You nampak cantik sangat bila you bertudung", puji Syafirul lagi. "Dah dah dah! I nak sambung kerja lagi", Ana meninggalkan bilik rehat sambil tersenyum. "Terima kasih Ya Allah kerana makbulkan doaku", getus hati Syafirul.

****************************************************************************

"I really don't believe it Ana! You dah berubah?", Maria begitu terkejut. "Hey..I dah ada depan you ni kan? Tak kan you tak percaya lagi?", tanya Ana lagi. Maria masih lagi tidak percaya kawan baiknya itu telah jauh berubah. "You ni berlakon je kan? Sebab tak nak orang kenal you? Macam I tak kenal you", tanya Maria lagi. "Hmm I tahu..you mesti akan cakap macam tu, tapi I ikhlas untuk berubah. Tuhan temukan I dengan seseorang yang benar-benar ikhlas nak tolong I", jelas Ana. "Hmm..whatever lah yang penting you happy kan sekarang?", Maria memegang tangan Ana. "Yes I am. I lebih happy dan tenang dari dulu", Ana tersenyum."Baguslah kalau macam tu. You cakap tadi ada perkara nak bagi tahu I,apa dia Ana?", tanya Maria. "You ingat tak lelaki nama Fuad Naziman?", tanya Ana. Maria terdiam seketika. Dia cuba mengingati nama tersebut. "Fuad Naziman? Hmmm.. Fuad businessman yang terkenal 5 tahun yang lalu tu kan? Kenapa dengan dia?", tanya Maria kebingungan. "Dia ugut nak bunuh I", jelas Ana. "What?!", Maria begitu terkejut. "Please Maria tolong jangan beritahu sesiapa", rayu Ana pada Maria. "Tapi kenapa? Kenapa nak bunuh you?", tanya Maria lagi. "I rasa dia nak balas dendam lah", agak Ana. "Balas dendam sebab you pernah kerjasama dengan isteri dia untuk dapatkan harta dia?", Maria cuba untuk mencari motif Fuad untuk membunuh Ana. "Ya..mungkin tapi I tak buat apa pun. Shima upah I untuk bermalam dengan Fuad untuk 2 malam saja. Itu pun sebab dia nak uruskan dokumen-dokumen harta Fuad. Selepas malam tu I dengar cerita Fuad masuk penjara kerana salah guna wang syarikat. Isteri dia yang bongkarkan aktiviti dia gara-gara nak bolot semua harta dia", jelas Ana. "Ya Ana. itu I tahu. You dah terangkan dekat I dulu. Tapi kenapa dia tak bunuh saja isteri dia? Kenapa dia nak bunuh you?", Maria masih lagi bingung memikirkan perkara tersebut. "Mungkin sebab dulu I yang pujuk dia untuk bermalam dengan I. Kalau tak mesti semua ni tak akan terjadi. Mesti Shima tak dapat nak tukar nama perwaris harta semua tu pada malam tu", Ana menyalahkan dirinya. "Hmm mungkin jugak. Habis tu you nak buat apa sekarang? You dah buat report polis?", tanya Maria. "Belum lagi. You rasa I patut buat report ke?", Ana memerlukan kepastian dari Maria. "Of course..you kena buat Ana. Lagipun you tak buat sala apapun selain you hanya diupah Shima untuk bermalam dengan suami dia saja. You tak salah. Trust me!", Maria cuba memberi semangat untuk Ana. "Ana, lagi cepat you buat lagi cepat masalah ni selesai. Sampai bila you nak terus hidup dengan ketakutan?", sambung Maria lagi. Ana terus memeluk Maria.

***************************************************************************

Pada malam itu, Syafirul baru sahaja pulang daripada rumah pakciknya di Sungai Buloh. Semasa dalam perjalanan pulang dia singgah di sebuah restoran untuk membeli makanan untuk dibawa pulang. Kebetulan saja mama dan papanya pergi bercuti ke Scottland selama seminggu. Jadi pasti sahaja di rumahnya tidak ada makanan. Mak cik Esah pembantu rumahnya juga diberi cuti. Syafirul turut memesan makanan untuk Ana. Entah kenapa bibit-bibit rindu bertaut dihatinya. "Jumpa sekejap pun jadilah", Syafirul bercakap sendirian.
Syafirul cuba menghubungi Ana mana tahu saja Ana belum tidur lagi.

Syafirul :          Hello Assalamualaikum Ana?
Ana      :           Waalaikumsalam Syaf? Ada apa?
Syafirul :          You tak tidur lagi ke?
Ana      :           Alah malam minggu macam ni I memang lewat sikit tidur.
Syafirul :          Dalam setengah jam lagi I sampai rumah you. I keluar tadi singgah beli
                       makanan jap. I pesan untuk you sekali.
Ana      :           La yeke? Baiknya. Okay. Nanti dah sampai you call lah I balik.
Syafirul :          Okay..bye. 
Ana      :           Bye.

Sebaik sahaja Syafirul memasuki kawasan taman perumahan dia mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Ana. Dari jauh Syafirul ternampak kelibat seorang lelaki di hadapan rumah Ana. Syafirul memberhentikan keretanya. Dia cuba untuk mengintip perbuatan lelaki tersebut. Ternyata lelaki tersebut cuba untuk membakar rumah Ana. Lelaki itu sedang mencurah-curahkan minyak dihadapan pintu rumah Ana. Tanpa membuang masa Syafirul terus menuju ke arah lelaki tersebut. "Hoi!", jerit Syafirul. Lelaki yang bertopeng serba hitam itu terkejut lalu melepaskan tong minyak yang dipegangnya. Ana yang sedang khusyuk menonton televisyen terkejut apabila terdengar bunyi bising di luar. "Kau nak bunuh Ana ke?!", jerit Syafirul sambil mencengkap erat baju lelaki tersebut. Syafirul cuba untuk membuka topengnya. Belum sempat Syafirul berbuat demikian, lelaki tersebut telah pun menendang Syafirul. Syafirul tersembam ke tanah. Lelaki tersebut melarikan diri. Ana bergegas membuka pintu. " Ya Allah! Syaf!", jerit Ana.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment