KU HADIAHKANMU (Ep.4)

"I tanya you jawab la betul-betul", pinta Ana. Syafirul hanya tersenyum. Kadang-kala dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih-sengih. "Entah apa yang berada di dalam fikiran Syafirul agaknya?", soal Ana di dalam hatinya. "You nak tahu ke jawapannya? Macam mana I boleh tahu nama you?", tanya Syafirul kembali. "Mestilah, cepatlah cakap!", marah Ana. "Marah nampak?", balas Syafirul sambil mengangkat keningnya. "Marah tak jadilah nak bagi tahu", sambung Syafirul selamba. Wajah Ana berubah. Dia kelihatan tidak puas hati dengan tindakan Syafirul. Ana hanya mendiamkan diri. Sekali-sekala Syafirul menjeling ke arah Ana. Dia tahu Ana teringin benar inginkan jawapan tentang persoalannya itu tadi. Tetapi bagi Syafirul biarlah hanya dia dan Tuhan saja yang tahu. Satu hari nanti pasti dia akan beritahu Ana tentang jawapannya itu. Sekarang belum masanya lagi untuk Ana tahu.


Kereta Syafirul mula memasuki perkarangan kawasan letak kereta berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Ana masih lagi mendiamkan diri. "Jom lah turun", tegur Syafirul. Ana hanya menuruti arahan Syafirul. "Dah senyum sikit, buruk benar muka tu masam macam cuka", Syafirul mula menyakat Ana. Ana hanya mencebikkan mukanya. "You bawa I pergi tasik ni nak buat apa? Bukan ada apa-apa pun kat sini?", kata Ana. "Ha..ingatkan dah bisu dah tadi tak nak cakap sangat. Alah nak ajak you tenangkan fikiran. Kan seronok kalau pergi tempat-tempat macam ni sekali sekala kan?", tanya Syafirul. Ana hanya menganggukkan kepalanya. Mereka pun berjalan menuju ke tasik tersebut. Sedang asyik mereka berjalan-jalan melihat keindahan tasik tiba-tiba ada suara yang muncul dari belakang mereka. " Hai Ana!". Mereka berdua menoleh. Ana tergamam. Dia mula berfikir siapakah gerangan lelaki tersebut. Syafirul hanya memandang ke arah Ana menunggu reaksi dari Ana.  "Hello? Ana?", tegur Asri. Ana tersedar dari lamunannya. Ana hanya tersenyum. "Well..well.well.. new boyfie I guess?", tegur Asri sambil mengangkat-ngangkat keningnya ke arah Syafirul. Ana memandang ke arah Syafirul. "Err..he's.." Belum sempat Ana mengahbiskan ayatnya, Syafirul pantas menyambung. " Well..of course..we're in love", sambil tersenyum. Ana memandang tepat ke arah Syafirul. Dia terkejut dengan pengakuan Syafirul yang palsu itu. "Oh I see...you already met your type huh Ana? So what are you doing right now? Are u still a.....ehem..", tanya Asri. "Ehem..what? She's working in my company", balas Syafirul dengan nada tidak puas hati. Ana tunduk. Dia sekal lagi tidak menyangka Syafirul sebaik itu."Oh great! Okay la.. I balik dulu lah. Sorry la kacau korang berdua dating,. Have fun!", kata Asri dan terus meninggalkan mereka.


Mereka berdua berjalan menuju ke sebuah kerusi batu berhampiran dengan pokok di tepi tasik. Ana masih lagi mendiamkan diri selepas apa yang berlaku sebentar tadi. "Kenapa diam je ni Ana? Ceria lah sikit..", tegur Syafirul. "Kenapa awak baik dengan saya? Saya ni bukan perempuan yang baik..", Ana bersuara dengan nada yang agak sayu. "Eh? Kenapa cakap macam tu pulak? Dah..lepas ni saya tak awak cakap macam tu lagi okay Ana?", pinta Syafirul. "Ehmm...okay", jawab Ana ringkas. Mereka mengahayati keindahan pada malam itu. Sekali sekala Ana tersenyum melihat gelagat Syafirul yang pandai menghiburkan hatinya.




***********************************************************************************************************


"Bos..saya dengar cerita bos ada skandal dengan perempuan kat kelab malam tu. Betul ke bos?", tanya Alif salah seorang pekerja di syarikat Puncak Asia Holdings. " Perempuan mana?", tanya Syafirul bin Dato' Iskandar. "Alah..siapa nama perempuan tu ea..ala bos buat-buat tak tahu pulak..rasanya satu KL ni kenal dia..", balas Alif. "Satu KL? Wow untungla saya kan, ada skandal dengan dia tu", jawab Syafirul selamba. "Eh, maknanya betul ke bos? Bos serius ke nak dengan perempuan macam tu? Eh..kalau saya lah saya nak cari yang solehah..", tegur Alif. "Tak salah kalau kita dijodohkan dengan perempuan baik atau pun tidak. Kita yang sebagai lelaki ni yang kena bentuk akhlaknya. Semua orang ada kenangan pahit kan?", jawab Syafirul. "Amboi bos? Ni dah bunyi lain macam dah ni. Mendalam maksudnya tu bos. Macam dah ready je ni", usik Alif sambil tersenyum. " It's up to you nak fikir macam mana", jawab Syafirul ringkas.




Bersambung...

1 comment: